Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom Dedahkan Program Pentas & Tetamu Menarik di gamescom asia 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 3, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
Capcom Dedahkan Program Pentas & Tetamu Menarik di gamescom asia 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah mengumumkan butiran lanjut mengenai penampilan pentas yang sangat dinantikan di gamescom asia 2024. Peminat Monster Hunter Wilds dan Street Fighter 6 pasti teruja, kerana acara ini akan menampilkan persembahan secara langsung daripada tokoh utama kedua-dua francais.

Penerbit Monster Hunter Wilds, Ryozo Tsujimoto, serta Penerbit Street Fighter 6, Shuhei Matsumoto, dan Pengarah Takayuki Nakayama akan membuat penampilan istimewa, bersama dengan cosplayer tetamu terkenal Charess dan Vera Chimera, yang akan mengadakan sesi bertemu peminat di booth Capcom.

Pentas Street Fighter 6

  • Tarikh: Sabtu, 19 Oktober, 2:00 petang – 2:50 petang
  • Tempat: Pentas Utama gamescom asia

Acara pentas Street Fighter 6 menjanjikan aksi yang mendebarkan apabila Penerbit Shuhei Matsumoto dan Pengarah Takayuki Nakayama tampil di pentas. Dalam acara yang dinantikan, seorang penonton bertuah akan mendapat peluang untuk mencabar Penerbit Matsumoto dalam perlawanan Street Fighter secara langsung. Legenda komuniti fighting game, Justin Wong, akan turut serta, memberi komen secara langsung dan menyediakan tip pakar kepada pemain dalam sesi latihan eksklusif.

Capcom juga telah mengumumkan bahawa pendaftaran untuk CAPCOM Pro Tour 2024 Super Premier Singapura sudah dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk bertanding dalam salah satu kejohanan Street Fighter terbesar di rantau ini. Daftar hari ini untuk mengesahkan tempat anda di SINI!

Pentas Monster Hunter Wilds

  • Tarikh: Sabtu, 19 Oktober, 3:00 petang – 4:00 petang
  • Tempat: Pentas Utama gamescom asia

Seterusnya adalah Monster Hunter Wilds, di mana Penerbit Ryozo Tsujimoto akan memberi peminat gambaran mengenai kemas kini terkini dari pembangunan game tersebut. Hadirin akan mendapat penerangan mendalam tentang ciri baharu, mekanik gameplay, dan mungkin petunjuk tentang pengembangan akan datang. Bukan sahaja dapat mendengar terus daripada Tsujimoto-san, malah peminat yang bertuah akan berpeluang untuk menyertainya di pentas untuk sesi hunting secara langsung!

Sesi Meet & Greet

Kredit: ©CAPCOM
  • Tarikh: Sabtu, 19 Oktober, 4:00 petang – 4:45 petang
  • Tempat: Booth Meet & Greet gamescom asia

Selepas persembahan pentas, Ryozo Tsujimoto akan tersedia untuk sesi meet  & greet istimewa. Ini adalah peluang unik untuk bertemu orang yang bertanggungjawab dalam siri ini, mengambil gambar, dan mendapatkan tandatangan.

Barisan untuk sesi mungkin akan ditutup lebih awal jika kapasiti maksimum dicapai, jadi peminat dinasihatkan untuk datang lebih awal!

Cosplayer Tetamu: Bertemu Charess & Vera Chimera

Kredit: ©CAPCOM
  • Tarikh: Sabtu, 19 Oktober, 5:00 petang – 5:45 petang
  • Tempat: Booth Capcom

Cosplayer terkenal Charess dan Vera Chimera akan membuat penampilan di booth Capcom, berpakaian sebagai watak Alma dan Gemma dari Monster Hunter Wilds. Ini adalah peluang untuk peminat bertemu dengan artis berbakat ini, mengambil gambar, dan mengagumi kostum mereka yang luar biasa. Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi dengan Charess dan Vera Chimera secara langsung, dan raikan dunia Monster Hunter bersama-sama.


Untuk pengumuman terkini daripada Capcom di gamescom asia 2024, pastikan anda mengikuti saluran media sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram, dan TikTok.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Capcomgamescom asia 2024
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS24] “Astro Bot, Menghormati Sejarah 30 Tahun PlayStation” – Interviu Bersama Team ASOBI

Next Post

Berlumba Dengan Koleksi Eksklusif Sonic the Hedgehog | Smiggle!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Berlumba Dengan Koleksi Eksklusif Sonic the Hedgehog | Smiggle!

Berlumba Dengan Koleksi Eksklusif Sonic the Hedgehog | Smiggle!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd