Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Warzone meraikan tahun pertama dengan fitur Warzone Report!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 11, 2021
in Artikel, Battle Royale, Battle.net, Berita, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Call of Duty: Warzone meraikan tahun pertama dengan fitur Warzone Report!
Share on FacebookShare on Twitter

Call of Duty: Warzone sedang meraikan ulang tahun pertamanya hari ini, di mana game battle royale popular tersebut memperkenalkan sebuah fitur yang sangat-sangat menarik. Setelah menghabiskan setahun yang penuh dengan Gulag, pertarungan sengit dalam circle terakhir, bug yang menjengkelkan, glitch, acara dalam permainan, dan meta senjata yang selalu berubah, peminat akhirnya diberi kesempatan untuk mengulas kembali tahun 2020 mereka melalui fitur Warzone Report.

Akaun Twitter rasmi Call of Duty telah menyediakan fitur Warzone Report untuk semua pemain supaya mereka boleh memeriksa statistik sendiri bagi 12 bulan lalu. Dengan membalas pada posting tersebut dengan nama/nombor id akaun Activision anda dan hashtag #WarzoneReport, fitur ini akan menghasilkan carta yang menunjukkan nisbah kill/death, jumlah jam yang dihabiskan, dan kemenangan serta beberapa statistik lain yang berkaitan.

One year of Warzone. Countless matches.

Celebrate the first year of dropping in by showing off your @CallofDuty #WarzoneReport. Tap below and tell us your Gamertag to earn your bragging rights.

— Call of Duty (@CallofDuty) March 10, 2021

Maklumat ini sebenarnya terdapat dalam permainan dan di beberapa laman web, tetapi kelebihan fitur Warzone Report adalah ia memberikan gambar statistik yang jelas dan memudahkan kita untuk berbanding atau berlagak prestasi diri sendiri dengan rakan sepasukan.

One year of Warzone. Countless matches.

Celebrate the first year of dropping in by showing off your @CallofDuty #WarzoneReport. Tap below and tell us your Gamertag to earn your bragging rights.

— Call of Duty (@CallofDuty) March 10, 2021

Anda mungkin terkejut untuk melihat statistik anda sebenarnya lebih baik daripada yang disangkakan. Ini mungkin boleh jadi pembakar semangat untuk menambah baik lagi prestasi anda pada tahun ini. Secara tidak langsung, Warzone telah menjadi antara permainan terpenting dalam francais Call of Duty, di mana ia berjaya menarik minat sejumlah pemain yang besar, dan memperkenalkan mereka ke ekosistem CoD buat pertama kalinya.

Berikut adalah pernyataan rasmi daripada pihak Cod:

“Sekali lagi, terima kasih kepada anda, komuniti, kerana telah bersama kami selama setahun di Warzone. Dengan kisah Season Two yang sedang berlangsung semasa pencapaian satu tahun permainan, kami tidak sabar untuk berkongsi dengan anda apa yang ada untuk tahun yang akan datang … tetapi lebih baik anda mengalaminya sendiri.”

Bagi mereka yang berminat Call of Duty: Warzone kini tersedia untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X/S, dan jika anda ingin maklumat lebih lanjut tentang fitur ini, mari baca butiran penuh di laman blog Call of Duty.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Call Of DutyCall of Duty: WarzoneTwitterWarzone Report
Previous Post

Tayangan Resident Evil Live-Action disahkan pada 3 September!

Next Post

Trailer Baru Yuri Di The King of Fighters XV

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Trailer Baru Yuri Di The King of Fighters XV

Trailer Baru Yuri Di The King of Fighters XV

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd