Call of Duty (COD) Vanguard dan Warzone kembali dengan musim terbaru membawa pelbagai kandungan serta kemas kini baru. COD: Warzone dan COD: Vanguard masing-masing akan mulakan season 4 pada 22 Jun ini. Mari kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.
Mercenaries of Fortune
Ini merupakan cabaran baru tersedia untuk semua Operator. COD: Warzone akan mendapat peta baru, Fortune’s Keep manakala COD: Vanguard pula membawa pemain ke peta multiplayer USS Texas 1945. Bukan setakat itu sahaja, mode Zombies pula berlaku di Shi no Numa.

Kemas kini untuk Vanguard akan bermula pada 21 Jun manakala Warzone pula pada 22 Jun. Berikut adalah penerangan ringkas untuk kemas kini COD: Warzone dan COD: Vanguard.
COD: Warzone Season 4

- Peta baru: Fortune’s Keep
- Peta terbaru untuk Resurgence Battle Royale yang dibangunkan oleh High Moon Studios.
- Kemas kini peta Caldera
- Contract baru, Armored SUV dan banyak lagi
- Tiga peta Warzone untuk dimainkan
- Fortune’s Keep, Rebirth Island dan Caldera akan tersedia secara percuma, bergilir-gilir setiap minggu.
COD: Vanguard Season 4

- Shi No Numa kembali untuk Round Based Zombies
- Bertempur melalui paya Shi No Numa dalam round-based play, menampilkan multi-step main quest, Wonder Weapon dan banyak lagi.
- Peta USS Texas 1945
- Bertempur di kapal laut USS Texas 1945 pada permulaan musim baru.
- Blueprint Gun Game

Selain itu, dua senjata baru hebat diperkenalkan untuk musim ini iaitu Marco 5 dan UGM-8. Blueprint Vargo S juga menanti pemain selepas ini. Sudah tentu Operator baru juga diperkenalkan untuk Season 4. Captain Butcher akan bersedia untuk bertempur bersama Callum Hendry, pelatih Special Operations Task Force.
Anda boleh membaca blog Call of Duty untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai kemas kini season 4 COD: Warzone dan COD: Vanguard. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai COD daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post