Sebelum ini, Snoop Dogg telah menyertai organisasi e-sukan, Faze Clan dan kini dia menambah lagi satu kejayaan dalam kerjayanya iaitu sebagai Operator dalam Call of Duty Vanguard dan Warzone. Korang boleh bermain sebagai Snoop Dogg dalam Call of Duty Vanguard dan Warzone serta dapatkan Tracer Pack: Snoop Dogg Operator Bundle di store untuk 2,400 mata COD.
Berikut adalah semua barang yang korang akan dapat melalui bundle ini:
Operator Snoop Dogg

Sebagai Operator yang boleh dimainkan, Snoop Dogg didatangkan dengan voice line, progression path dan biografinya sendiri.
Korang boleh level up Snoop Dogg seperti Operator lain dan disertakan dengan empat cabaran untuk membantu anda memperoleh Operator XP. Dengan mendapatkan Kill, Headshot Kill, Hipfire Kill dan menang, korang akan diberikan ganjaran yang lebih besar dalam Operator XP.
Dalam progression Operator ini, korang boleh membuka beberapa ganjaran XP, senjata PPSH-41 XP, Spray, Operator Quips, Calling Card, Pelekat, Emblem, Weapon Charm, Vanguard Killcam Vanity Eksklusif dan pakaian Operator. Korang boleh dapatkan gold-trimmed “VIP” dan iced-out Diamond “The Doggfather” apabila telah mencapai level 20.
Senjata

Bong Ripper adalah senjata Sniper Rifle yang mempunyai sembilan peluru dan dibina untuk pertarungan pasukan besar jarak jauh. Gabungan penglihatan telescopic 10.0x dan peluru yang dipanjangkan sangat sesuai untuk dimasukkan ke dalam extended .30-06 magazine. Gabungan ini juga dapat mengatasi masalah penetration berlebihan Barrel untuk menjadikan senjata ini pantas dan berdaya maju di semua julat.
Selain itu, senjata Assault Rifle, West Coast juga disediakan untuk digandingkan bersama Bong Ripper dengan sembilan pra konfigurasi. Senjata ini mempunyai fire rate yang laju dan akan memberikan pergerakan yang lau kepada Operator.
Turut disediakan senjata SMG, The Shiznit yang mempunyai fire rate laju dan menembak dengan sangat tepat. Terdapat ciri-ciri yang unik pada senjata ini seperti Unmarked Proficiency untuk melangkah dengan senyap selepas kill dan On-Hand Perk untuk ketangkasan yang lebih baik.

Selain daripada Operator dan senjata, bundle ini menyediakan Weapon Charm (Mellow medal), Legendary Emblem (The Original Gangsta), Spray (High Art dan Finishizzle Movizzle). Terdapat juga dua ganjaran eksklusif untuk COD: Vanguard seperti Match Intro (Tactical Toke) dan MVP Highlight (Hit This, Fam).
Jadi, jangan lupa untuk dapatkan Tracer Pack; Snoop Dogg Operator Bundle dalam Call of Duty Vanguard dan Warzone. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Call of Duty, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post