Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Modern Warfare 2 mungkin akan kembali pada hujung tahun ini untuk konsol dan PC

safwan by safwan
April 29, 2022
in Artikel, Berita, Konsol, PC, Shooter
0 0
0
Call of Duty: Modern Warfare 2 mungkin akan kembali pada hujung tahun ini untuk konsol dan PC
Share on FacebookShare on Twitter

Call of Duty kembali ke Modern Warfare pada tahun 2022. Menurut Infinity Ward dan Activision mengumumkan logo dan tajuk game seterusnya dalam siri ini iaitu Call of Duty: Modern Warfare 2 melalui Twitter. Ianya dijangka akan mendapat pelepasan pada hujung tahun ini di konsol dan PC.

https://twitter.com/CallofDuty/status/1519724521133121536?s=20&t=L-I39M6TLLPj0EaRrh56Hw

Menurut Twitter @CallofDuty, mereka mengatakan bahawa era baharu Call of Duty akan datang bersama video teaser ringkas. Video itu menunjukkan logo rasmi untuk game ini, tetapi terdapat logo Task Force 141 yang ditunjukkan dengan sangat pantas. Task Force 141 adalah unit operasi spesifikasi antarabangsa yang bertindak sebagai protagonis utama Call of Duty: Modern Warfare 2 yang dikeluarkan pada tahun 2009.

Call of Duty seterusnya adalah sekuel kepada Call of Duty: Modern Warfare 2019. Sebelum ini, Infinity Ward telah reboot game tahun 2007 iaitu Call of Duty 4: Modern Warfare dan mengeluarkan versi terbaru pada 2019. Modern Warfare 2019 menjadi game Call of Duty yang paling berjaya setakat ini.

Kepada yang tidak tahu, Call of Duty: Modern Warfare 2 telah dikeluarkan pada tahun 2009 di PC, PlayStation 3 dan Xbox 360. Ia merupakan sekuel kepada Call of Duty 4: Modern Warfare dengan meneruskan jalan cerita dan game yang sama. Ia telah dikeluarkan bersama dengan dua game Call of Duty yang lain iaitu Call of Duty: Modern Warfare: Mobilized untuk Nintendo DS dan Call of Duty: Modern Warfare: Reflex Edition untuk Wii konsol.

Call of Duty baharu ini bukanlah satu-satunya game shooter Activision yang telah dirancang pada tahun ini. Selain Modern Warfare, mereka telah merancang game Warzone baharu iaitu free-to-play shooter dengan menggunakan pendekatan battle royale. Sebelum ini, Call of Duty: Warzone telah dikeluarkan pada Mac 2020 dan mempunyai kandungan daripada Modern Warfare 2.

Saya ingin mengingatkan korang, tarikh rasmi masih belum diumumkan dan dijangka akan mendapat pelepasan pada hujung tahun ini di konsol dan PC. Jadi, kepada peminat Call of Duty, apa pendapat korang tentang Call of Duty: Modern Warfare 2 yang akan kembali pada tahun ini? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Call of Duty, sila klik pautan ini.

Sumber: Twitter

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: call of duty: modern warfare 2
Previous Post

Dapatkan kad ahli versi Ultraman Ribut eksklusif di Kinokuniya Malaysia!

Next Post

Star Wars Jedi: Fallen Order 2 dilaporkan akan keluar untuk konsol next-gen dan PC

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Star Wars Jedi: Fallen Order 2 dilaporkan akan keluar untuk konsol next-gen dan PC

Star Wars Jedi: Fallen Order 2 dilaporkan akan keluar untuk konsol next-gen dan PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd