Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty Mobile Usaha Tencent Tawan Pasaran Luar

Bakal menggegar

Jade Ice by Jade Ice
June 9, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Call of Duty Mobile Usaha Tencent Tawan Pasaran Luar
Share on FacebookShare on Twitter

Tencent Holding yang merupakan syarikat media sosial dan game terbesar di China kini merancang untuk meningkatkan lagi usaha mereka untuk menawan pasaran luar dengan rancangan untuk melancarkan Call of Duty edisi mobile sebagai satu tindak balas kepada penurunan prestasi jualan dalam pasaran domestik.

Call of Duty berasal daripada syarikat Amerika Syarikat iaitu Activision Blizzard dan ianya bakal dilancarkan dalam edisi mudah alih di Amerika Syarikat, Jepun, Eropah, Amerika Latin dan Asia Tenggara tidak lama lagi; berdasarkan laporan Bloomberg.

Pihak Tencent akan memperkembangkan pasukan pemasaran luar negara mereka dengan merekrut lebih ramai developer, berdasarkan laporan Bloomberg semasa wawancara dengan pengarah pemasaran Tencent TiMi Studio Group, Vincent Gao. Gao pada awalnya telah menyangkal laporan bahawa Tencent membubarkan pasukan pemasaran luar negaranya untuk Arena of Valor dan pernyataan ini telah disahkan oleh Tencent sendiri.

Call of Duty telah melalui tahap pengujian beta di China dan Australia dan telah pun dibuka untuk pra-daftar pada Mac lepas.

Game ini adalah usaha terkini Tencent untuk berkembang di pasaran antarabangsa kerana pasaran dalam negaranya terus merana akibat undang-undang dimana setiap game memerlukan pengesahan kerajaan; dan ini adalah satu usaha untuk membersihkan kandungan atas talian, melindungi kesihatan kanak-kanak dan mengelakkan ketagihan game oleh kerajaan China.

Ini telah memberikan kesan yang mendalam pada Tencent kerana tidak boleh meraih pendapatan daripada PUBG. Sebab itu, Tencent telah melancarkan game bertemakan patriotik iaitu Game for Peace yang memiliki ciri yang sama seperti PUBG dan pemain juga boleh memindah data mereka daripada game tersebut.

Keadaan berbeza pula diluar negara dimana PUBG Mobile telah merekodkan sebanyak 100 juta pengguna aktif pada Febuari lepas.

Pegawai eksekutif strategi mereka James Mitchell mengatakan; berdasarkan kejayaan PUBG Mobile di pasaran antarabangsa, Tencent kini mencari peluang daripada game lain yang dibangunkan di China yang boleh diterbitkan di peringkat antarabangsa untuk jangkamasa pendek.

Sumber: scmp.com

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Call Of DutyMobiletencent
Previous Post

Tarikh Tayangan Filem Uncharted Di Umumkan!

Next Post

PlayStation Store Sale mencecah 90% sehingga 17 Jun 2019 ini!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
PlayStation Store Sale mencecah 90% sehingga 17 Jun 2019 ini!

PlayStation Store Sale mencecah 90% sehingga 17 Jun 2019 ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd