Banyak kandungan baru akan muncul di Call of Duty Mobile pada minggu ini. Kini, Season 5 sudah bermula dan kita mendapat lebih banyak maklumat tentang Steel Legion Battle Pass bersama butiran lanjut mengenai 2v2 Showdown.

Sekiranya anda memilih untuk membeli Battle Pass Premium, ia mengandungi lebih banyak senjata dan watak berbanding versi Battle Pass percuma. Daripada 100 Tier yang biasa, sekarang hanya akan ada 50. Jika anda mencapai Tier ke-50 maka anda akan memperoleh ganjaran berikut:
- Reaper (watak baru) – Tier 1
- M4 Magmacomb – Tier 1
- David Mason (watak baru) – Tier 12
- M21 EBR Magmacomb – Tier 20
- AK-117 Magmacomb – Tier 30
- AK-47 Steel Blue – Tier 50
Call of Duty Mobile mengumumkan satu mod permainan yang dipanggil 2v2 Showdown. Sekarang kita tahu bahawa ia ialah mod permainan terhad dimana cabaran khas akan berlangsung bermula hari ini hingga 8 April.
Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk rajin bermain mod Showdown 2v2 dan dapatkan banyak kill! Lebih banyak kill dan kemenangan anda perolehi, lebih bagus. Dengan menyelesaikan misi-misi yang diberikan, anda boleh mendapatkan Type 25 – Reticulated dan XPR50 – Reticulated. Jadi, jika anda mempunyai kawan yang suka bermain COD Mobile, lebih baik kamu main sekarang dengan dia!

@gamersantaimy
Discussion about this post