Terima kasih kepada perkembangan e-sukan dalam Malaysia. Sudah banyak cyber cafe di seluruh Malaysia telah bertukar menjadi tempat berlatih bagi mereka, atlit e-sukan yang berpotensi, bertemu sambil tu, berlatih bersama-sama. Orange E-Sports Stadium, Mineski Infinity Cyber Cafe, Blitzone E-Sports Cyber Cafe merupakan antara cyber cafe yang dikenali di Malaysia yang berani mengambil initiatif untuk menukar pandangan netizen tentang internet cafe pada masa kini. Beberapa internet cafe yang sebut di atas telah mengambil bahagian dalam NVIDIA GeForce iCafe, merupakan satu usaha terus menerus dalam memberi ultimate platform untuk para gamers. Aku bukan nak bercerita pasal cyber cafe di Malaysia, kali ini, aku nak sembang sikit dengan korang pasal lawatan kami ke cafe internet terbaik di Taipei. Nak tahu lebih lanjut? Jom, ikut aku dalam artikel ni.
Hari tu, aku ambil sedikit peluang untuk berjalan-jalan di bandar Taipei, dan pergi melawat ke satu-satunya Cyber Cafe yang paling best, paling syok. LHH Cyber Cafe namanya. Jadi, aku masuk kejap nak tengok, apa yang best sangat pasal LHH Cyber Cafe ni? apa yang membuatkan ianya menarik? Paling penting, perkara yang boleh di terapkan dalam Cyber Cafe di Malaysia.
LHH Cyber Cafe terletak di Songshan District di bandar Taipei. Kalau korang tinggal di kawasan Xi Men Ding, korang boleh sampai ke LHH Cyber Cafe hanya 20 ke 25 minit dengan hanya berjalan kaki.
Dilengkapi dengan 200 Unit PC yang dikuasakan dengan NVIDIA GeForce GTX 1060 dan GTX 1070, LHH Cyber Cafe merupakan cyber cafe yang mempunyai GeForce iCafe Platinum. Untuk mendapatkan certification GeForce iCafe Platinum ni, cyber cafe tersebut mestilah:
- Semua PC mesti dilengkapi dengan graphic card NVIDIA GeForce GTX dan 150 unit GTX 1050 dan keatas
- Zon e-sports untuk perlawanan 6 vs 6, dengan PC yang dilengkapi dengan GTX 1080 dan keatas, juga mempunyai monitor G-SYNC
- Zon untuk pengalaman VR
Keseluruhan LHH Cyber Cafe mempunyai empat tingkat. Wow! Besar cyber cafe ni gais!!! Dan setiap tingkat ada fungsi dan keunikan masing-masing:
- Ground Floor, merupakan tempat macam perpustakaan, korang takleh bising! Thanos demand your silence!
- 1st Floor, di mana korang boleh main game secara casual, MMORPG dan Video Streaming
- 2nd Floor, kawasan bermain secara kompetitif, boleh buat bising, tapi jangan bising sangat!
- 3rd Floor, ini merupakan kawasan untuk mereka yang serious tentang gaming, mempunyai 2 zon untuk perlawanan 6 vs 6
Okay, ini yang best pasal LHH Cyber Cafe, kalau korang merancang untuk menghabiskan masa korang dalam LHH Cyber Cafe ni bermain game atau surf internet, setiap PC di LHH Cyber Cafe tersebut dilengkapi satu aplikasi di mana korang boleh berkomunikasi secara terus dengan pekerja mereka yang berkerja di Ground Floor untuk Special Request. Contoh macam korang nak order makanan ataupun minuman, nak tukar PC, nak report jika ada apa-apa masalah dengan PC korang dan macam-macam lagi.
Lagi satu, yang paling penting, Rules dan Regulations kat LHH Cyber Cafe ni. Kalau korang nak tahu, seluruh premise dilengkapi dengan kamera sekuriti yang terus dilihat oleh polis di sana. WOW! Ini sangat menarik dan sangat lah bagus. Untuk mengelakkan remaja dan kanak-kanak ponteng sekolah, mereka yang berumur di antara 15 sehingga 18 hanya dibenarkan untuk memasuki premis selepas 4:00 PM dan mereka yang berumur bawah 14 tahun, perlu membawa ibu dan bapa mereka untuk memasuki premis. Satu langkah yang bijak untuk mengawal kes-kes sosial yang melibatkan dengan bermain game. Juga bagus untuk menjaga reputasi mereka.
Jadi, korang rasa, akan ada tak cyber cafe macam LHH Cyber Cafe ni di Malaysia? Korang rasa bagus tak jika ada cyber cafe di Malaysia melakukan perkara yang sama seperti LHH Cyber Cafe ni? Apa pandangan anda, jom bincangkan dan komen~
@gamersantaimy
Discussion about this post