Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cadangan harga game Steam berganda 30-40% – Game PC kini semakin mahal!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2022
in Artikel, Berita, Industri, PC, Steam
0 0
0
Cadangan harga game Steam berganda 30-40% – Game PC kini semakin mahal!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan kemas kini baharu kepada “alatan dan ciri cadangan harga” milik Steam, Valve telah membuat beberapa perubahan penting di kedai digital untuk beberapa negara termasuk negara kita. Kini, cadangan harga game Steam di Malaysia telah berganda sebanyak 30% hingga 40%!

Steam has updated their recommended prices for game developers, we have a list of all the changes in a new blog post: https://t.co/9BQ6YKgYfG

— SteamDB (@SteamDB) October 25, 2022

Secara lebih khusus; Valve telah menyediakan cadangan harga baru sebagai panduan untuk pemaju yang mungkin tidak mempunyai masa atau sumber untuk menentukan harga bagi semua 39 mata wang yang disokong di platform.

Untuk memudahkan kefahaman anda semua, rekomendasi tersebut mewakili bagaimana Valve menetapkan harga sebuah game dalam mata wang lain, dengan menggunakan nilai USD sebagai asas.

Contoh

Valve berpendapat bahawa panduan ini amat berguna, tetapi memandangkan kuasa beli dan kadar pertukaran wang asing yang sentiasa berubah, tidak ramai yang gembira dengan perubahan ini.

Sebagai perbandingan, harga lama untuk game bernilai $59.99 USD adalah sekitar RM95.00. Memandangkan cadangan harga sudah berubah, ia kini bernilai RM133.00 dengan peningkatan sebanyak 40%.

Anda boleh melihat perubahan harga penuh melalui jadual di SINI.

Cadangan harga baharu di atas sudah pun diimplementasikan secara langsung di kedai digital. Walau bagaimanapun, pemaju di Steam mempunyai hak untuk mengawal harga game mereka sendiri. Mereka tidak perlu mengikut cadangan harga yang disyorkan oleh Steam, itu cuma panduan jika mereka tidak cukup masa untuk melakukan penyelidikan.

Menurut Valve, mereka juga komited untuk memastikan panduan ini kekal konsisten dengan mewujudkan jadual yang lebih teratur untuk menyemak harga. Syarikat akan melihat harga yang tersenarai dengan teliti setiap tahun, dan membuat perubahan sewajarnya.

Apa pendapat korang? Adakah game Steam sekarang semakin mahal atau adakah korang masih selesa dengan nilai harga yang ditetapkan? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Untuk membaca segala liputan kami tentang Steam, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HargaPCsteam
Previous Post

Komitmen Gamescom Asia Terhadap Pembangun Indie — Temu ramah Bersama Mathias Kuepper

Next Post

Selamat Tinggal Miniclip! Tiada Lagi Ratusan Game Percuma Untuk Dimainkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Selamat Tinggal Miniclip! Tiada Lagi Ratusan Game Percuma Untuk Dimainkan!

Selamat Tinggal Miniclip! Tiada Lagi Ratusan Game Percuma Untuk Dimainkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd