Jian Xia Qing Yuan R (JXQYR) akan memulakan ujian beta terbuka pertama pada 5 Januari 2022, tetapi sebelum mencubanya, kami diberi peluang untuk mengadakan temu bual bersifat e-mel bersama pemaju dan penerbit game iaitu VNG Games.
Untuk mereka yang masih tertanya, temu bual ini adalah cara yang bagus untuk belajar sebab-sebab “kenapa mereka menghidupkan semula game MMO klasik Jian Xia Qing Yuan dan apa yang boleh dijangkakan oleh pemain lama dan pendatang baru bagi versi baharu ini.
1. Apa yang membuatkan VNG Games ingin bekerjasama dengan Seasun Entertainment untuk membangunkan versi mobile untuk JXQYR?
Pada mulanya, VNG Games mencadangkan kepada Seasun Games untuk menghasilkan game mobile bertemakan Wuxia untuk “gamer Vietnam.” Tetapi tidak lama selepas itu, kami melihat bahawa generasi X dan Y berkongsikan minat mereka terhadap novel dan drama Wuxia. Selepas itu kami mengubah fikiran untuk menghasilkan game untuk mereka main bersama. Selain itu, kami percaya bahawa siri JX juga mempunyai namanya terpahat dalam hati ramai pemain di seluruh Asia. Jadi, kami berharap Jian Xia Qing Yuan R dapat mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak mereka dalam bentuk permainan MMORPG mobile yang serba baru, untuk mereka mainkan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.
2. Apakah cabaran yang dihadapi untuk membawa kembali pengalaman JXQYR kepada pemain Malaysia?
Setakat ini, cabarannya agak menyeronokkan. Kami cuba memikirkan kandungan dan cara untuk mengimbau kembali pengalaman dan kenangan bermaian kepada pemain Malaysia, tetapi penglibatan mereka bersama kami berbaloi dengan kerja keras kami.*
3. Adakah bahasa Inggeris atau bahasa lain akan tersedia dalam game ini semasa dilepaskan Malaysia?
Buat masa sekarang, ia tersedia dalam versi Simplified Chinese.
4. Apakah penambahbaikan yang ditambah untuk gameplay dalam mobile?
Sudah tentu. Jian Xia Wing Yuan R bukan sahaja versi remastered tetapi ia juga versi yang ditambah baik. Keperluan kami untuk Seasun Games adalah menghasilkan semua ciri penting siri JX versi PC. Malah ia lebih up-to-date dengan tabiat bermain sekarang.
Selain itu, kami juga mengekalkan kebanyakan ciri klasik diri JX dalam JXQYR seperti Song-Jin Battlefield, PK percuma…dan paling terkenal sekali: sistem elemen Wuxing original dan trading percuma.
Dengan kata lain, kami bukan sahaja menambah baik malah menyesuaikannya untuk menjadikan game itu lebih menarik, sesuai dan baik untuk pengalaman bermain kepada gamer.
5. Apakah pendapat anda tentang pasaran mobile dalam genre Wuxia pada masa kini?
Kami percaya bahawa genre Wuxia masih sangat popular di pasaran kerana kita semua dapat melihat bahawa trend dari industri filem genre Wuxia juga semakin popular berbanding masa lalu, kami percaya ini juga boleh menaikkan populariti genre Wuxia dalam pasaran permainan mobile juga.
6. Apakah perbezaan antara pemain Vietnam dan pemain Malaysia?
Kami percaya bahawa terdapat beberapa perbezaan antara pemain di seluruh dunia. Oleh itu, kami memenuhi ganjaran dan kandungan kami berdasarkan pasaran. Paling penting ia membolehkan pemain kami untuk menikmati game ini.
7. Apakah rancangan seterusnya selepas versi Malaysia dilancarkan? Adakah pemain dapat update terbaru sama seperti pemain Vietnam?
Dalam masa terdekat, kami mempunyai update kecil setiap bulan yang bertujuan untuk membetulkan bug, optimumkan pengalaman dan membuka lebih banyak aktiviti atau level. Terdapat juga update yang lebih besar untuk mempersembahkan kelas baru pada masa depan.
Disebabkan versi Vietnam telah dilancarkan hampir setahun yang lalu, ia akan mengambil sedikit masa untuk versi baru untuk mengejar kandungan tersebut. Walau bagaimanapun, kami juga ingin mengadakan lebih banyak acara yang melibatkan pemain dari semua negara untuk main bersama.
Tetapi sebelum itu, kami ingin membina komuniti yang rapat, di mana pemain boleh berkongsi, berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain di dunia nyata melalui aktiviti sosial.
8. Adakah versi Malaysia akan mendapat kandungan eksklusif?
Kami tidak ada kandungan in-game eksklusif tetapi kami mempunyai ganjaran eksklusif untuk pemain Malaysia, jadi nantikan maklumat dari fanpage kami.
9. Adakah harapan untuk semua peminat JXQYR berkumpul untuk acara seperti launch party atau pertandingan?
Kami juga berharap kami dapat mengadakan acara luar untuk semua peminat JXQYR di setiap negara. Ia sudah menjadi rutin kami sejak sekian lama. Namun, situasi Covid ini membuatkan kita semua perlu berhatu-hati dan bersabar sebelum dapat bersua muka, selamat dan sihat. Walau bagaimanapun, kami mempunyai rancangan untuk pertandingan dan acara dalam talian di dalam dan di luar game untuk pemain mengambil bahagian dari tempat mereka. Jadi, sila nantikannya!
10. Game ini sangat popular di Vietnam. Adakah anda mendapati pemain Malaysia juga akan berasa nostalgia untuknya?
Kami percaya novel dan drama seni mempertahankan diri Cinasangat terkenal di Asia dan begitu juga siri JX. Selain itu VNG Games berpangkalan di Vietnam tetapi kami mempunyai kakitangan tempatan untuk memastikan semua yang kami lakukan termasuk game, dekat dengan pemain tempatan. Kepada generasi X dan Y, kami berharap dapat mengembalikan kenangan anda dari tahun 2000-an dan kepada pemain yang lebih muda, kami harap untuk membawa pengalaman retro baru untuk anda cuba dengan JXQYR.
11. Apakah aspek paling penting dalam game untuk dikemas kini dan menjadikannya lebih mudah diakses oleh pemain moden?
Banyak ciri dan aktiviti dalam game juga dioptimumkan mengikut cadangan pemain dari banyak negara, menjadikannya lebih pantas dan mudah untuk pemain menyertainya serta meningkatkan sambungan antara pemain. Di samping itu, masa aktiviti juga akan dioptimumkan agar lebih sesuai dengan pelbagai pemain. Ini juga dapat membantu pemain bermain hampir semua aktiviti dan ciri unik dalam JXQYR dan masih mempunyai banyak masa untuk menikmati kehidupan sebenar mereka.
12. Adakah anda atau Seasun Entertainment mempunyai rancangan untuk membawa game ini ke konsol atau PC?
Pada pendapat saya, saya masih lebih suka untuk game ini ada pada mobile kerana kita boleh bermainnya ke mana-mana sahaja kita pergi pada bila-bila masa yang kita inginkan.
13. Dalam 10 kelas yang tersedia, secara peribadi, yang manakah anda suka mainkan? Kelas manakah yang anda boleh cadangkan untuk pemain baru?
Kelas mana untuk dipilih sebenarnya terletak pada pilihan pemain. Kesemua 10 kelas mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Terutamanya element Wuxing yang seimbangkan kelas-kelas tersebut. Mereka mempunyai musuh yang kuat dan lemah. Anda boleh memilih watak mengikut kenginan anda atau kesukaran untuk mengawal setiap kelas.
Kami ucapkan terima kasih kepada VNG Games kerana sudi menjawab soalan kami tentang Jian Xia Qing Yuan R. Ujian beta terbuka untuk Jian Xia Qing Yuan R akan dibuka pada 5 Januari 2022 di Google Play dan App Store. Anda boleh pra-daftar permainan ini melalui pautan dibawah dan mengikuti perkembangannya melalui Facebook:
- Laman pra-daftar peranti mobile
- Laman pra-daftar App Store dan Google Play
- Fanpage Facebook
- Fan Group Facebook

@gamersantaimy
Discussion about this post