Nampaknya Treyarch telah melancarkan satu trailer baru Call of Duty: Black Ops 4 untuk kandungan terbaru permainan akan datang yang diberi nama ‘Operation Spectre Rising’. Ianya dikongsikan melalui Twitter mereka. Operasi baru ini akan memperkenalkan ‘Specialist’ baru, serta ciri-ciri baru dalam mod multiplayer yang berbeza.
https://twitter.com/CallofDuty/status/1122908406862495746
Specialist terbaru yang dipanggil sebagai ‘Spectre’ adalah sebuah senjata Katana yang sangat tajam dan mampu membunuh musuh dengan pantas. Hanya menghayun ‘Spectre’ itu dan pemain dapat membuat garisan menyondong pembunuhan yang menarik.
Selain itu, dalam kemaskini ini pemain juga boleh melihat bayangan musuh melalui bom asap, membolehkan pemain mendapat sasaran ketika dalam kabus. ‘Spectre’ juga akan ditambah kepada Blackout sebagai kulit baru untuk watak anda.
Tiga peta baru juga akan mendarat di ‘Operation Spectre Rising’. Yang pertama ‘Artifact’, dimana ia kan menjadi koleksi laluan yang sempit diantara batu dan tebing. Pemain boleh bersembunyi dari musuh di bahagian bawah tebing, tapi peluang untuk naik ke atas semula pasti akan mendedahkan diri kepada musuh.
Peta kedua yang diberi nama ‘Masquerade’ adalah sebuah peta metropolitan baru yang menghubungkan lorong-lorong belakang dengan ruang besar yang terbuka serta dihiasi hiasan perayaan yang pemain boleh gunakan sebagai pelindung ketika menyerang. Serta peta terakhir ialah peta WMD dari Black Ops yang asal yang telah diberi pembaikan ‘remaster’.
https://twitter.com/CallofDuty/status/1122546087242285056
Nampaknya peta-peta untuk ‘Operation Spectre Rising’ adalah sebuah kemaskini yang besar. Dalam perubahan ini dapat melihat empangan yang menandakan bahagian atas Blackout akan dimusnahkan, jadi ia membolehkan semua air di belakangnya membanjiri seluruh peta. Ini dapat melihat semua bekas perkapalan di limbungan kapal dihanyut ke tengah laut, dan bagi banyak kawasan yang lebih rendah menjadi banjir. Ini menyediakan utiliti yang lebih besar untuk pengunaan bot dan helikopter di Blackout, kerana lebih banyak laluan di peta kini boleh dilalui melalui air.
Selain itu, ‘Operation Spectre Rising’ juga menambah beberapa pemain baru yang boleh dimain di dalam Blackout battle royale, Mod Permainan terbaru seperti (Hunter, Prop Hunt dan Zombie Gauntlets) serta senjata baru (Ballistic Knife, Tigershark LMG, Nifo’oti Club) dan tidak terlupa untuk skin-skin terbaru juga akan ada.
‘Operation Spectre Rising’ akan hadir bermula 30 April ini bermula di PlayStation 4 kemudian akan diikuti oleh Xbox One dan PC.
Sumber: Gamespot ; Twitter @CallofDuty
@gamersantaimy
Discussion about this post