Naruto mengejutkan ramai peminat beberapa tahun lepas apabila penciptanya, Masashi Kishimoto, mengesahkan adaptasi live-action Hollywood daripada manga, dan nampaknya saya beberapa info baru tentang filem ini. Sudah cukup lama sejak projek ini mendapat apa-apa berita, tetapi menurut DanielRPK, “casting call” untuk Naruto telah bermula.

Maklumat ini dikongsi secara eksklusif oleh DanielRPK di Patreon, dan di sanalah dia berkongsi logline filem dan keperluan pelakon. Nampaknya Lionsgate dan Summit sedang mencari pelakon untuk adapatasi anime bersama dengan beberapa guru ninja dan penjahat.
Buat masa ini, Arad Productions akan menghasilkan filem Naruto dengan kerjasama PICTURESTART. Tidak ada info tentang bila filem itu akan mula pengambaran atau di mana kerana tidak ada anggaran “budget” masih belum diputuskan. Namun, “casting call” mendedahkan bahawa penulis filem semasa ialah Jonathan Levine (50/50, Warm Bodies). Penulis sebelumnya adalah Erica dan Jon Hoeber (The Meg). Ari Arad akan menghasilkan filem itu bersama Brady Fujikawa dan James Myers dengan arahan oleh Michael Gracey. Mengenai logline filem, ringkasannya agak ringkas, tetapi ia mengesahkan bahawa filem itu akan memberi tumpuan kepada Naruto Uzumaki yang ingin menjadi Hokage.
Watak:
- 3 watak utama
- Dua Lelaki, Seorang Perempuan (14 – 18)
- Asia
- Remaja Asia di akademi Ninja.
- 2 guru
- Watak sokongan
- Asia
- Guru akademi
- Penjahat
- Watak sokongan
- Asia

Adaptasi live-action ini diumumkan beberapa tahun lepas oleh pencipta Naruto, Masashi Kishimoto, semasa Jump Fest, dan dia yakin dengan adaptasi tersebut pada masa itu. Sekarang, tidak banyak berita dikongsi mengenai adaptasi live-action ini, tetapi “casting call” membuktikan bahawa rancangan masih dalam pembikinan. Dengan Netflix sedang mengusahakan adaptasi live-action One Piece, peminat anime harus bersiap sedia untuk melihat siri kegemaran mereka dihidupkan semula oleh Hollywood.
Sumber – Knight Edge Media
@gamersantaimy
Discussion about this post