Sebelum menutup tirai, Busan Indie Connect Festival 2024 (BIC 2024) telah mendedahkan tarikh rasmi untuk ansuran tahun depan, 2025. Secara lebih khusus lagi, berita ini diumumkan semasa acara penutup, di mana kita mendapat tahu bahawa Busan Indie Connect Festival 2025 akan kembali pada Jumaat, 22 Ogos 2025 sehingga Ahad, 24 Ogos 2025.

Busan Indie Connect Festival asalnya bermula pada 2015 dan merupakan festival game indie global yang diadakan setiap tahun di Busan. Ketika pertama kali diadakan pada 2015, ia merupakan acara kecil yang diadakan di Busan Cultural Content Complex, tetapi sejak itu, telah berkembang kepada skala antarabangsa.
Kini menjadi antara acara gaming paling popular, anda boleh bertemu macam-macam game indie daripada pelbagai idea dan genre yang biasanya sukar untuk diakses. Bukan sahaja menampilkan studio dari Korea, malah ramai negara luar turut terlibat dalam festival ini.

Selain menjadi tempat untuk mempamerkan game indie masing-masing, Busan Indie Connect turut menawarka peluang yang hebat untuk para pembangun dan pemain untuk berkumpul di satu tempat yang sama dan meneroka dunia gaming indie yang semakin rancak bersama-sama.
Jika berminat untuk sertai ansuran tahun depan, pastikan anda kosongkan jadual pada tarikh di atas!
@gamersantaimy
Discussion about this post