Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Buatan studio Malaysia, Illogical Games mengumumkan permainan battle royal robot, Meka Hunters!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 4, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Buatan studio Malaysia, Illogical Games mengumumkan permainan battle royal robot, Meka Hunters!
Share on FacebookShare on Twitter

Kepada semua gamers-gamers sekalian, studio tempatan Malaysia, Illogical Games telah mengumumkan game mobile baru Meka Hunters untuk peranti Android dan iOS. Meka Hunters adalah game battle royale yang berlangsung pada masa depan di mana anda akan memandukan mecha. Mari kita lihat trailer di bawah:

Bagi mereka yang tidak tahu, Meka Hunters dibangunkan oleh Amarul Natenan, pengasas Illogical Games yang erpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau telah membangunkan pelbagai permainan video sejak 2011 dan kebanyakan ialah game offline Indie. Meka Hunters adalah percubaan pertama beliau untuk permainan multiplayer dan ia menerima kejayaan besar sehingga menjadi juara IPCC 2018 serta merupakan finalis untuk SEA GAMES AWARD di LEVELUP KL selama 2 tahun berturut-turut (2018-2019).

Meka Hunters adalah permainan online Third-Person Shooter Battle Royale di mana pemain mengawal MEKA yang boleh meningkat tahap tanpa terhad sehingga ia dihancurkan. Apa yang membezakan Meka Hunters daripada battle royale ialah daripada bertarung untuk menjadi pemain terakhir yang hidup, pemain akan bertarung untuk mendapatkan markah tertinggi sehingga mereka mati. Setiap kali seorang pemain mati, seorang lagi pemain baru akan menyertai arena. Ini memastikan arena sentiasa penuh dengan pemain. Dapatkan markah tertinggi dan bertahan hidup selama yang anda boleh!

Had pemain untuk setiap perlawanan ialah 12. Selain itu, pemain akan melihat beberapa bot di dalam arena. Bot wujud untuk membantu pemain mendapatkan markah dan mengisi slot kosong jika pemain tidak cukup.

Pemain akan mendapat “upgrade” rawak setiap kali mereka meningkatkan tahap. Semakin tinggi tahap anda, semakin kuat lah MEKA anda. Tapi hati-hati! Pemain akan jatuh semua XP yang mereka kumpulkan jika mati.

Selepas memenangi perlawanan, anda akan diberi ganjaran kredit yang boleh digunakan untuk membeli MEKA atau menaik taraf MEKA yang sudah ada. Sentiasa ingat! Apabila anda mati, anda akan kehilangan segala-galanya termasuk kredit dan MEKA. Oleh itu, pastikan anda bermain dengan hati-hati dan menunggu keluarannya pada 13 November.

Kawalan di Meka Hunters sangat mudah untuk difahami. Berbeza dengan permainan shooter lain, kawalan paksi Y tidak ada di Meka Hunters. Pemain tidak memerlukan ketepatan yang tinggi untuk menembak. Ini menjadikan permainan lebih mudah dan kasual untuk semua orang.

Pada masa yang sama, setiap pemain adalah sama dan wang tidak boleh membelikan kelebihan. IAP yang dijual dalam permainan adalah kosmetik sahaja dan tidak ada IAP yang dapat memberikan kelebihan agar permainan adil untuk semua orang.

Anda boleh memuat turun dan bermain Meka Hunters di Android tetapi ia belum tersedia di iOS lagi. Sebaliknya, anda boleh cuba testflight nya. Berikut adalah pautan:
ANDROID
IOS
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Androidbattle royaleIllogical GamesiOSMalaysiaMeka HuntersMobileShooter
Previous Post

Pre-order MSI GF63 THIN 10th Gen Intel CPU kini bermula!

Next Post

Muka hero lama dan baru Captain Tsubasa: Rise of New Champions didedahkan dalam screenshot terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Muka hero lama dan baru Captain Tsubasa: Rise of New Champions didedahkan dalam screenshot terbaru!

Muka hero lama dan baru Captain Tsubasa: Rise of New Champions didedahkan dalam screenshot terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd