Kalau tak cukup minggu lepas boss dalam Sekiro: Shadows Die Twice diggantikan dengan Thomas the Tank Engine, kali ini terdapat pula mod baru yang menukarkan mini boss “Chained Ogre” dalam game tersebut menjadi raksasa berkulit hijau, iaitu Shrek.
https://twitter.com/manfightdragon/status/1123820880281391104
Ia mendapat perhatian ramai di Twitter apabila Lance Mcdonald memuat naik video tersebut yang bersertakan lagu “All Star” dari Smashmouth. Muzik itu memang masuk betul dengan permainan, namun demikian ianya bukanlah sebahagian dari mod tersebut.
Ia kelihatan seolah-olah penukaran badan yang sangat mudah, contohnya Shrek menyerang serangan yang sama dan tendangan kuat yang diilhamkan dari gusti kelihatan hampir lebih sesuai apabila Shrek yang melakukannya. Mod ini dihasilkan oleh Katalash, juga modder yang sama hasilkan Thomas the Tank Engine. Korang juga memerlukan Engine Mod Sekiro untuk bermainnya, yang tersedia di halaman Nexus mod. Tidak dinafikan komuniti Sekiro memang kreatif apabila membuat mod-mod yang tidak masuk akal ini! Semoga terus menghasilkan karya-karya di luar jangkaan pemain!
Sumber: Twitter @manfightdragon
@gamersantaimy
Discussion about this post