Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bosan asyik main game sama dalam phone? Jom bersantai dengan game dalam senarai ini!

Siapa sampai sekarang masih main cut the rope?

Nyny.A by Nyny.A
September 11, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Bosan asyik main game sama dalam phone? Jom bersantai dengan game dalam senarai ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Ikut trend zaman sekarang ramai pemuda yang sering bermain permainan bergenrekan Battle-Royale dan MOBA didalam telefon pintar masing-masing. Singgah sahaja dimana-mana, mamak atau dekat stesen bas sekali pun mesti terdengar ‘Enemies Ahead‘ atau ‘Launch Attack‘ dari telefon pintar pemuda zaman sekarang. Ada yang rasa bosan tak bila bermain permainan sama? Kadang-kadang tengah main game-game gempak ini, tetapi ada kekangan masa pula?

Pernah tak anda semua ingat zaman dulu-dulu, telefon pintar baru naik ke zaman kegemilangan, kita sering memuat turun permainan yang simple atau menyeronokkan deperti Despicable Me dan Subway Surfers. Tapi sekarang game-game tersebut dilupakan generasi sekarang. Yang masih nampak bermain adalah orang-orang bekerja atau mak ayah yang muat turun untuk anak-anak mereka bawah 6 tahun. Sebenarnya, tiada salah pun kalau kita nak main game-game macam ni lepaskan stress harian dengan game asyik ‘toosoon‘ tu sahaja. Dah geram asyik kalah atau bosan, atau ada sedikit masa sebelum masuk ke kelas, apa kata anda muat turun game-game ni sambil bersantai! Jom usha senarai game yang anda boleh bermain secara santai~

Dumb Ways To Die 2: The Games

Dumb Ways To Die 2 memang sebuah game kasual yang anda boleh memuat turunya di android dan iOS. Permainan yang terlalu senang, syaratnya selamatkan watak-watak dalam permainan ini dari mati! Agak lawak kalau anda lihat sendiri mini-mini game yang tersedia dengan cara bermain nya.

Pula ditambah dengan warna yang agak menyerlah dan boleh dimainkan tanpa internet! Anda mulalah main, pasti anda akan terleka sedikit sebab semua mini game dalam ini menarik!

Rating kami: 4/5

Muat turun disini: Android; iOS

Gundam Battle: Gunpla Warfare

Masih baru bermain Gundam Battle: Gunpla Warfare? Ini Tips Asas untuk anda!

Masih baru bertapak di telefon pintar. Kami turut pernah mengongsikan beberapa kali mengenai Gundam Battle: Gunpla Warfare termasuk tip untuk pemain baru dalam permainan ini. Memang tersangat menarik bermain game ini terutama pada peminat Gundam. Anda boleh membuat gunpla tersendiri didalam permainan dengan bahagian dari siri-siri Gundam.

Buat Gunpla terbaik dan lawan musuh untuk terus naikkan level. Turut ada mod penceritaan untuk anda mainkan dan dapatkan banyak ganjaran dalam permainan.

Rating kami: 4.8/5

Muat turun disini: Android; iOS

BoBoiBoy Galaxy Run: Fight Aliens to Defend Earth!

BoBoiBoy? Ya siri animasi terkenal dari Malaysia ini memang mempunyai game sendiri dan hadir beberapa tahun lalu! Ini adalah sebuah permainan berlari tanpa henti sambil menyerang pelbagai alien dihadapan anda! Serius permainan ini memang seronok! Berlari lah sambil lihat pemandangan galaksi!

Power Sphera memberikan kekuatan yang tidak dapat dibayangkan! Jadi pilih hero anda dan berlawan dengan rakan-rakan anda untuk mengejar mata tertinggi!

Rating kami: 3.9/5

Muat turun disini: Android.

Epic Conquest

Sebuah game bergenre RPG yang dihasilkan sebuah studio game dari negara jiran kita Indonesia iaitu Gaco Games. Dari segi kualiti dengan watak 3D, memang menarik. Jalan cerita dan kombat sangat mudah untuk dikawal dan memang terbaik!

Anda boleh membeli barangan dalam talian, juga sentiasa naikkan level anda untuk menjadi lebih kuat. Kostum-kostum semua menarik! Senang cerita anda muat turun je permainan ini dan mainkan sendiri okay!

Rating kami: 4.1/5

Muat turun disini: Android

Shadow Fight 3


Siri Shadow Fight yang tidak membosankan. Tetapi dalam Shadow Fight 3 memberi perubahan besar dari siri sebelumnya! Map boleh diterokai, pelbagai kostum untuk digunakan pada hero kita, watak kini turut menjadi 3D! Sebelum ini hanya nampak seperti bayangan ninja yang berlawan, kali ini memang lebih menarik dengan gameplay nya.

Jadi tewaskan kesemua watak AI yang lain dapatkan ranking Top100 dalam kawasan anda dan menjadi bintang Shadow Fight!

Rating kami: 4.6/5

Muat turun disini: Android; iOS

Haaa macam mana dengan senarai diatas? Ada yang menarik tak? Jadi anda kena muat turun! Tengok nanti mesti anda akan terlajak obses dengan game-game ini! Keep on gaming geng!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BoBoiBoy Galaxy Run: Fight Aliens to Defend Earth!Dumb Ways To Die 2: The GamesEpic ConquestGundam Battle: Gunpla WarfareShadow Fight 3
Previous Post

Kepada mereka yang cinta bola sepak, eFootball PES 2020 sudah tiba!

Next Post

Bercinta dengan orang tua KFC, Colonel Sanders di Dating Simulator-nya sendiri!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Bercinta dengan orang tua KFC, Colonel Sanders di Dating Simulator-nya sendiri!

Bercinta dengan orang tua KFC, Colonel Sanders di Dating Simulator-nya sendiri!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd