Bab terbaharu manga Boruto bab 79 akhirnya keluar semalam dan ternyata, ini antara bab paling mengejutkan sekali dalam francais! Dilabel ‘Omnipotence‘, bab ini mengubah naratif Boruto secara dramatik dan memberi jawapan kepada era ‘timeskip’ di mana Boruto dan Kawaki berperang sesama sendiri.
Seperti yang korang dapat baca daripada tajuk, Boruto kini menjadi musuh Konoha manakala semua orang menganggap Kawaki adalah anak Naruto. Apakah yang terjadi? Biar saya jelaskan!
AMARAN!! SPOILER UNTUK BORUTO BAB 79!! BACA SPOILER BAB 78 DI SINI!!

Dalam bab sebelum, Kawaki cuba membunuh Boruto tetapi dihalang oleh Shikamaru, Sarada, Mitsuki, Konohamaru dan Sasuke. Walaupun ditangkap, Kawaki berjaya melarikan diri dengan bantuan Momoshiki.
Dalam bab 79, Boruto bertanya kepada Momoshiki – “apa yang sedang berlaku?”, tetapi tidak diberikan jawapan yang jelas. Shikamaru meneruskan pencarian untuk Kawaki, dan mengarahkan semua ninja pengesan supaya kekal fokus sehingga Kawaki kehabisan tenaga dan tanda chakranya kembali.

Konohamaru mengarahkan Sarada dan Mitsuki untuk membawa Boruto ke hospital sementara dia dan Sasuke teruskan mencari Kawaki. Selepas mereka pergi, Mitsuki pun membuat keputusan untuk menyertai pencarian tersebut. Boruto memberitahu Sarada agar tidak meninggalkan Mitsuki sendirian kerana dia kini amat berbahaya kerana telah hilang tenang. Sarada setuju dan mengejar Mitsuki.
Dalam adegan seterusnya, Kita dapat lihat Kawaki tidak lagi mempunyai chakra mencukupi untuk mengekalkan jurus Sukunahikona, lalu kembali ke saiz normal. Berhampiran dengannya adalah sekumpulan ninja Konoha. Eida serta merta mengesan Kawaki dan pergi ke arahnya, meninggalkan Daemon dan Sumire.

Pada masa yang sama, Amado menghubungi Shikamaru untuk memintanya jangan membunuh Kawaki kerana dia sebenarnya ada arahan tutup khas bagi ‘mematikan’ Kawaki. Sudah tentu, Shikamaru segera marah Amado kerana merahsiakan hal-hal penting sebegini dan kata akan membunuh Kawaki jika budak lelaki itu tidak menyerah sepenuhnya.
Eida akhirnya jumpa Kawaki, dan bersumpah untuk melindunginya. Kawaki tidak kisah tentang dirinya, dan hanya ingin menyelamatkan Naruto. Kawaki kata ‘jika Momoshiki tidak dibunuh, Naruto dan kampung Konoha, yang Naruto bermati-matian berjuang untuk melindungi, akan dihapuskan.’

Sangat tertekan, Kawaki tidak tahu untuk buat apa kerana Momoshiki sedang menghuni badan Boruto, adik tiri dan anak kepada Hokage ke-7. Dia tertanya ‘siapa yang boleh membunuh anak Hokage’ – satu perbuatan yang pasti membuatkannya menjadi musuh nombor 1 di Konoha.
Tiba-tiba, kedua-dua Kawaki dan Eida terapung dan sejenis gelombang kuasa keluar daripada badan mereka lalu meliputi seluruh Bumi. Selepas seketika, sekumpulan ninja Konoha berjaya jumpa Eida dan Kawaki. Kawaki bersedia untuk menyerang, tetapi Eida menahan badannya dan sedar ada sesuatu yang tidak kena.

Di tempat lain, Shikamaru diberitahu tentang lokasi Boruto tetapi Sarada berasa pelik mengapa lokasi kawan rapatnya yang dikongsi dan bukannya Kawaki. Akhirnya, Sarada dan Mitsuki berjaya menemui Boruto tetapi satu perkara pelik terjadi. Mitsuki meminta Sarada untuk menjauhkan diri, lalu memakai Sage Mode.
Pada masa ini, bab akan bersaling tukar antara perspektif Boruto dan Kawaki. Jadi saya akan cuba menjelaskannya sebaik mungkin.

Eida bertanya tentang Naruto, tetapi merujuk Hokage ke-7 sebagai bapa Kawaki. Para ninja Konoha menjawab bahawa Boruto telah melakukan sesuatu.
Mitsuki bertanya apa yang dia lakukan kepada Naruto tetapi Boruto tidak faham apa yang berlaku dan meminta kawannya untuk bertenang. Tanpa amaran, Mitsuki menyerang Boruto tapi protagonis kita berjaya mengelak dengan bantuan Momoshiki.

Akhirnya kita dapat jawapan sebenar oleh Momoshiki, yang menjelaskan bahawa semua orang ingin membunuh Boruto, dan ini sebenarnya angkara Shinjutsu ‘Omnipotence’ milik Eida. Malah, Eida sendiri tidak dapat mengawal kuasa ini dan menggunakannya tanpa sengaja.
Momoshiki menggelarkan kuasa ini sebagai bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh ‘dewa’ untuk mencipta dunia dan mengubah sesuatu kepada ‘nyata’. Melalui kuasa Eida, keinginan Kawaki telah menjadi kenyataan dan kedudukan mereka kini bertukar dalam memori semua orang di seluruh dunia.

Pada masa yang sama, Shikamaru bertanya kepada Eida bagaimana Naruto dan Hinata hilang, tetapi Eida (disuruh oleh Kawaki) memberitahu bahawa Naruto mati dibunuh oleh Boruto.
Momoshiki turut menambah; ‘Shinjutsu Omnipotence’ tidak memberi kesan kepada mereka yang menjadi hos atau berkaitan dengan Otsutsuki (termasuk Boruto, Kawaki, Eida, Daemon) tetapi tetap heran mengapa Sarada tidak terjejas. Walaupun begitu, mereka yang kebal terhadap jutsu ini akan menderita paling banyak.

Nampaknya konflik utama telah muncul dan kita tahu mengapa Boruto dan Kawaki bertarung di episod pertama Boruto. Bak kata Momoshiki, dunia mereka kini terbalik di mana Kawaki sekarang ialah anak Naruto yang dilahirkan dan dibesarkan di Konoha manakala Boruto adalah orang luar yang mengkhianati keluarga Hokage ke-7 dan kini diburu oleh seluruh Konoha.
Apa pendapat korang? Adakah fasa timeskip akan datang dalam bab seterusnya? Jom kita bincangkan tentang apa yang terjadi di Boruto bab 79 dalam ruang komen! Baca segala liputan kami tentang francais Boruto di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post