Boruto telah berulang kali menjadi topik hangat dan sumber kontroversi dalam komuniti anime sejak diperkenalkan. Tidak kira sama animasi animasinya yang kadangkala buruk atau jalan cerita yang tidak konsisten, anime ini sentiasa menjadi perhatian. Kini, ia menjadi viral sekali lagi selepas ramai tidak puas hati melihat muka menangis Boruto dalam episod terbaru.

Dalam episod baru-baru ini, Kagura (seorang ninja baik dan kawan baik Boruto) telah dibunuh oleh Funamashi. Selepas menyaksikan kematian Kagura, Boruto seolah-olah tidak percaya dan mula menangis.
Walaupun sepatutnya menjadi babak dramatik, ramai peminat mula mengkritik kerana animasinya yang buruk. Bermula dari itu, satu lagi meme baru dilahirkan. Beberapa jam selepas itu, wajah menangis Boruto telah tersebar di Twitter, Facebook, Reddit dan sebagainya sehingga menjadi viral.
Bukan adegan itu sahaja, tetapi majoriti adegan bertarung di dalam episod itu tidak nampak konsisten. Secara lebih khusus lagi, ramai tidak puas hati dengan pertarungan Boruto vs Funamushi. Boruto akhirnya menggunakan kuasa Karma selepas sekian lama, tetapi koreografi pertarungan nampak ala kadar dan bukanlah sesuatu yang patut dipuji.
Studio Pierrot (yang bertanggungjawab untuk animasi) masih belum membuat kenyataan berkaitan isu ini tetapi ramai memahami bahawa mereka sibuk kerana jadual tayangan secara mingguan yang ketat. Memandangkan COVID-19 masih berleluasa dan ramai sedang bekerja di rumah, sudah pasti beberapa “kecacatan” akan berlaku tetapi itu bukan sebab untuk merendahkan kualiti animasi hingga ke tahap ketara.
Berikut adalah beberapa tweet dan reaksi tentang wajah menangis Boruto:
Apa pendapat anda tentang Boruto? Jom kongsi pendapat anda di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang francais Naruto, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post