Kini memasuki bab ke-5, jalan cerita Boruto: Two Blue Vortex nampaknya semakin rancak. Bab bulan ini lebih istimewa kerana ia menceritakan peristiwa semasa “timeskip” di mana kita akhirnya dapat tahu apa yang berlaku antara Uchiha Sasuke dan Uzumaki Boruto semasa tempoh itu, dan bagaimana Sasuke ditukar menjadi “pokok”. Bukan itu sahaja, bab ini turut mengesahkan bahawa Boruto kini lebih kuat daripada Naruto dan Sasuke selepas mengasah kemahirannya melalui latihan dan mengalahkan antagonis besar.
Berikut adalah rumusan padat tentang Boruto: Two Blue Vortex bab 5! AMARAN SPOILER!

Dalam flashback semasa tiga tahun meninggalkan Konoha, Boruto dilihat sedang berlatih kenjutsunya. Dia berehat dengan Sasuke dan bertanya tentang perkembangannya. Sasuke mengakui bahawa dia mengajar Boruto hampir semua yang dia tahu, dan kini tidak ada apa-apa lagi untuk dia mengajar, kerana bakat Boruto yang membuatkannya cepat belajar.
Sasuke membandingkan keazaman Boruto dengan Naruto dan akhirnya memahami mengapa Sarada memintanya untuk melindungi Boruto, dan percaya hanya dia dan Sarada sahaja yang boleh menyelesaikan apa yang berlaku.

Kemudian, adegan berubah kepada Sasuke dan Boruto yang sedang bertarung dengan Code dan askar-askar Tsumeaka (makhluk cebisan Ten-Tails). Pada masa ini, Sasuke telah mengelar mata kiri Code. Boruto ingin membantu Sasuke, tetapi dia mengarahkan Boruto untuk berlari, kerana yakin tidak dapat mengalahkan Code buat masa ini. Dia memberitahu Boruto untuk terus hidup, mengasah apa yang dia ajarkan kepadanya, dan mengawasi Sarada, lalu kembali ke medan perang.
Selepas keadaan menjadi tenang, Boruto kembali ke lokasi pertarungan dan melihat Sasuke ditukar kepada pokok. Dia mengutip pedang mentornya.

Sebagai konteks, ini membuktikan Boruto lebih kuat kerana dia dapat mengalahkan Code tanpa masalah, sedangkan Sasuke sendiri mengaku dia tidak cukup kuat. Satu lagi hal, Code lebih kuat daripada Jigen, yang membuktikan Naruto (buat masa ini) adalah paling lemah dalam trio ini. Pendek kata, ninja paling kuat sekarang adalah Boruto.

Pada masa kini, Sarutobi Konohamaru terjumpa Team 10 di sebelah pokok, yang rupanya adalah Moegi (rakan sepasukan semasa dia kecil). Menurut mereka, Moegi ditukar kepada pokok selepas melindungi seorang ibu dan anak sebelum digigit. Anak muridnya dan Konohamaru berikrar untuk mencari jalan untuk membebaskannya.

Matsuri (Tsumeaka yang menyerupai Moegi) dapat merasakan kesedihan dan kemarahan mereka. Jura (Tsumeaka yang menyerupai Jigen) mendapati ini bukti “kesedaran individu” mereka dirangsang. Walaupun mereka semua adalah entiti biologi yang sama, yang ingin makan Otsutsuki.

Tsumeaka yang menyerupai Bug (saintis organisasi Kara) dan Hidari (Tsumeaka yang menyerupai Sasuke) membincangkan asal usul perasaan ini. Jura meluahkan dia ingin memakan Naruto, dan mengaitkan keinginan untuk memakan -bukan kerana Otsutsuki- tetapi kerana evolusi mereka sebagai Divine Tree. Semasa perbualan ini berlangsung, Eida nampaknya sedang memerhati mereka.

Jura mengarahkan yang lain untuk mendengar “keinginan dalaman” mereka dan mencari sasaran peribadi. Matsuri menentukan Konohamaru adalah hak miliknya. Hidari, masih keliru, bertanya “apakah mereka” kepada Jura. Jura menganggap itu sebagai soalan yang sia-sia, dan lebih mementingkan apa yang mereka lakukan berbanding mencari identiti mereka.
Eida membuat spekulasi bahawa Divine Tree ini telah dicipta oleh chakra yang dimakan oleh Tsumeaka. Pada masa ini, Bug Palsu mengesan Eida memerhati mereka, dan mengisytiharkan gadis itu sebagai sasarannya, yang mengejutkannya Eida semasa dia makan dengan Daemon. Hidari pula memberitahu sasarannya ialah Sarada.

Beralih ke adegan lain, Sumire sedang membincangkan kepulangan Boruto bersama Amado. Mengingat semula objektifnya, Sumire bertanya sama ada kematian Boruto tidak bertentangan dengan misi Amado untuk memulihkan anak perempuannya yang sakit. Amado mengaku dia sedikit keliru dan kata seluruh kampung tidak tahu siapa yang mengubah suai badan Kawaki tetapi dia tahu dirinya sendiri telah membuat modifikasi kepada badan Kawaki.

Ini kerana Karma dalam badan Kawaki mengandungi maklumat tentang Akebi. Bukti fizikal ini bercanggah dengan memorinya, menyebabkan Amado percaya bahawa ingatannya telah diubah. Memandangkan Kawaki adalah orang yang mempunyai maklumat Akebi, dia tidak kisah tentang Boruto. Mendengar perbualan itu, Sai meminta pendapat Shikamaru.

Adegan beralih sekali di mana Sumire memberitahu Sarada bahawa Amado sedar ingatannya telah berubah. Pada masa ini, Boruto menghampiri mereka, dan memberitahu bahawa walaupun Sasuke tidak pasti tentang memorinya, mentornya masih datang untuk menyelamatkan Boruto kerana permintaan Sarada.

Sarada serta-merta memeluk Boruto, memberitahu dia lewat dan memanggilnya bodoh (dalam nada manja). Boruto meminta maaf dan kata; “Saya sudah pulang sekarang”.

Apa pendapat korang tentang bab terbaru ini? Jika ada, jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post