Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Borderlands 4: Info Baharu Tentang Naratif, Vault Hunter, Gameplay!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 14, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Borderlands 4: Info Baharu Tentang Naratif, Vault Hunter, Gameplay!
Share on FacebookShare on Twitter

Gearbox Software menggemparkan para peminat di PAX East 2025 dengan pendedahan mendalam mengenai gameplay Borderlands 4, yang akan dilancarkan pada 12 September 2025.

Panel ini, yang diketuai oleh tokoh-tokoh penting Gearbox seperti pengasas Randy Pitchford, Ketua Pegawai Kreatif Global Andrew Reiner, Lead Game Designer Nick Thurston, Associate Narrative Director April Johnson, dan Associate Creative Director Grant Kao, memberikan maklumat lanjut daripada acara Borderlands 4 State of Play.

Mereka mendedahkan mekanik gameplay baharu, butiran naratif, dan menjawab maklum balas komuniti.

Bab Baharu di Kairos

Kredit: Gearbox Software

Borderlands 4 berlatarkan planet baharu bernama Kairos, open world terbesar dalam siri ini yang bebas daripada load time semasa penerokaan. Cerita bermula selepas peristiwa Borderlands 3, di mana Lilith mengorbankan dirinya dengan memindahkan bulan Elpis, yang terhempas ke Kairos dan memecahkan lapisan penyamarannya.

Kejadian bencana ini mencetuskan kekacauan, membuka peluang untuk pemberontakan menentang diktator planet tersebut, Timekeeper. Penjahat kejam ini mengawal penduduk Kairos melalui implan sibernetik yang dipanggil Bolts, yang mampu mengubah personaliti apabila ditanggalkan.

Timekeeper juga mengharamkan aktiviti Vault Hunting, menjadikan peranan pemain sebagai Vault Hunter sebagai simbol penentangan.

Bertemu Vault Hunter Baharu

Kredit: Gearbox Software

Borderlands 4 memperkenalkan empat watak baharu yang boleh dimainkan, masing-masing dengan latar belakang unik dan kemahiran tersendiri:

  • Vex the Siren: Seorang Siren empatik dengan masa lalu yang gelap, pakar dalam serangan kinetik, soul zap, dan penyerapan nyawa. Kemahiran khasnya, Dead Ringer, memanggil Reaper atau Specter.
  • Rafa the Exo-Soldier: Bekas tentera Tediore yang menggunakan sut exo untuk menyesuaikan diri dengan graviti Kairos. Dia memiliki kemahiran serangan dengan senjata, bilah, dan meriam bahu.
  • Harlowe the Gravitar: Bekas saintis Maliwan yang pakar dalam kuasa graviti, menggunakan Gravity Ball dengan Disco Ball of Destruction.
  • Amon the Forgeknight: Seorang pahlawan-penyair yang memburu raksasa Vault untuk membalas dendam, dengan akses kepada dron dan senjata seperti kapak, pedang, dan cambuk.

Gameplay dan Mekanik Baharu

Kredit: Gearbox Software

Gearbox menyusun semula beberapa sistem berdasarkan maklum balas peminat dari Borderlands 3. Dunia Kairos kini menawarkan sistem cuaca dinamik—hujan, kilat, salji, dan ribut debu—yang menambah variasi tanpa mengganggu gameplay.

Pemain boleh meneroka dengan kebebasan lebih besar melalui ciri double jump, gliding, dodging, dan grappling hook. Kenderaan Digirunner yang boleh dipanggil juga memudahkan perjalanan.

Mod co-op telah dipertingkatkan dengan sistem lobi drop-in/drop-out, fast-travel ke rakan, penskalaan kesukaran dinamik, dan loot berasingan untuk setiap pemain.

Borderlands 4 menyokong co-op dalam talian sehingga empat pemain dengan crossplay penuh serta co-op dua pemain dalam mod split-screen untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.

Sistem Loot yang Diperkemas

Kredit: Gearbox Software

Mengambil pengajaran daripada masalah lebihan item legendary dalam Borderlands 3, Borderlands 4 mengurangkan kadar drop item legendary, menjadikannya lebih istimewa. Pemain boleh mendapatkan drop spesifik daripada mini boss dan bos utama.

Moxxi’s Big Encore Machine membolehkan pemain mengulang misi dan bos untuk farming tanpa perlu memuat semula permainan.

Senjata dalam Borderlands 4 kini menawarkan pelbagai kombinasi dari lapan manufacturer, dengan ciri baru dan sistem Licensed Parts yang meningkatkan variasi. Slot gear baharu termasuk Ordnance (grenade atau senjata berat), Enhancements (bonus manufacturer tertentu), dan Repkits (penyembuhan atau buff) meningkatkan lagi penyesuaian.

Kompas Menggantikan Mini Map

Kredit: Gearbox Software

Satu perubahan besar ialah penggantian mini map tradisional dengan kompas.

Randy Pitchford menjelaskan, “Kami mencipta dunia yang sangat luas… peta ruang tempatan bukan cara terbaik untuk navigasi apabila anda perlu mencari objektif atau peluang yang mungkin berjauhan. Kompas membantu kami mencapai pengalaman penerokaan yang lebih lancar.”

Kompas ini sesuai dengan reka bentuk level menegak Kairos, dengan peta penuh dan penghalaan GPS masih boleh diakses melalui Echo-4.

Sokongan Kandungan Masa Depan

Gearbox merancang untuk menyokong Borderlands 4 dengan kemas kini pada gameplay dan DLC. Game ini akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (Steam dan Epic Games Store) pada 12 September 2025, dengan versi Nintendo Switch 2 dijangka menyusul kemudian tahun ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Borderlands 4
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Final Destination Bloodlines – Maut Tidak Pernah Terlepas Pandang

Next Post

Risk of Rain 2 Umum DLC Terbaru ‘Alloyed Collective’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
Risk of Rain 2 Umum DLC Terbaru ‘Alloyed Collective’

Risk of Rain 2 Umum DLC Terbaru ‘Alloyed Collective’

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd