Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Borderlands 4 – Gameplay Eksplosif, Planet Kairos & Kuasa Vault Hunter Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 1, 2025
in Artikel, Berita, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Borderlands 4 – Gameplay Eksplosif, Planet Kairos & Kuasa Vault Hunter Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Gearbox Entertainment akhirnya membuka tirai untuk gameplay rasmi Borderlands 4 yang bakal tiba pada 12 September 2025!

Dalam sesi Gameplay Deep Dive di PlayStation 5 Pro, Creative Director Graeme Timmins bersama pasukannya memperkenalkan dua daripada empat Vault Hunter baharu serta Action Skill masing-masing.

Mereka turut memperkenalkan planet baharu, Kairos, serta sistem loot yang telah dirombak bagi memastikan setiap hasil rampasan terasa lebih bermakna dan memuaskan.

Vault Hunters Baharu, Vex & Rafa

Kredit: Gearbox Entertainment

Dalam Borderlands 4, pemain akan menggalas peranan sebagai Vault Hunters—tentera upahan yang memburu Vault makhluk asing.

Dalam pendedahan terbarunya, Gearbox memperkenalkan dua watak baharu: Vex the Siren, yang menguasai tenaga ghaib dan memanggil kucing spektral bernama Trouble untuk bertarung bersamanya, serta Rafa the Exo-Soldier, bekas askar Tediore yang kini menyarung sut eksperimental yang membolehkannya mendigitalkan pelbagai jenis senjata.

Kedua-duanya hadir dengan gaya permainan tersendiri, disokong sistem Trait unik—seperti Trait Vex yang mengaitkan Action Skill-nya kepada elemen senjata yang digunakan, membolehkan strategi pelbagai berdasarkan serangan shock, api, atau ais.

Kredit: Gearbox Entertainment

Sistem skill tree dalam game ini lebih mendalam berbanding sebelum ini, membolehkan pemain memilih antara tiga Action Skill berbeza setiap Vault Hunter, yang boleh diubah suai dengan Augment dan Capstone Abilities. Tiga cabang laluan pasif membuka pelbagai build yang fleksibel dan berkuasa.

Dengan tambahan abiliti gerakan baharu seperti gliding, dashing, double-jumping, dan point-grappling, pemain kini boleh bergerak dan menyerang dengan lebih agresif.

Kairos, Planet di Ambang Pemberontakan

Kredit: Gearbox Entertainment

Borderlands 4 membawa pemain ke Kairos, sebuah planet baharu yang selama beribu tahun tersembunyi di bawah pemerintahan zalim Timekeeper.

Penduduknya dikawal melalui implan siber yang dikenali sebagai Bolts, manakala tentera sintetik bergelar The Order mengawal penduduk. Namun segalanya berubah enam tahun lalu apabila kemunculan bulan asing memecahkan pelindung planet ini, mencetuskan huru-hara.

Kini, penduduk mula bangkit—ada yang mencabut Bolts mereka sendiri—dan Vault Hunters tiba tepat pada waktunya di tengah-tengah pergolakan ini.

Kredit: Gearbox Entertainment

Kairos ialah dunia luas, penuh dengan puak-puak yang bermusuh, makhluk berbahaya, dan komuniti yang bergelut untuk bebas. Sepanjang perjalanan, pemain akan merekrut sekutu dari pelbagai puak, bertemu watak baharu serta kemunculan semula karakter kegemaran seperti Claptrap, Moxxi, dan Zane.

Penerokaan sangat digalakkan, lengkap dengan Digirunner—kenderaan peribadi berkuasa tinggi untuk merentas landskap, serta ECHO-4, rakan robot yang memberi pilihan panduan dalam perjalanan.

Kredit: Gearbox Entertainment

Daripada rondaan tentera Order hingga pertarungan dengan world boss, Kairos padat dengan aksi dan loot. Salah satu elemen baharu ialah Silos—struktur teknologi tinggalan Order yang boleh dirampas untuk menyokong Crimson Resistance.

Menawan Silos bukan saja membuka petunjuk penting seperti Vault Key Fragment, tetapi juga membuka akses ke dungeon Vault berperingkat tinggi yang menanti dengan pertarungan ganas dan ganjaran eksklusif. Silos turut berfungsi sebagai titik Fast Travel dan gliding launchpad.

Co-op & Sistem Loot Baharu yang Lebih Berbaloi

Borderlands 4 dibina dengan kerjasama sebagai teras utama – anda boleh menikmati gameplay co-op secara 2-player splitscreen, atau bergabung dalam 4-player online lobby dengan fungsi keluar/masuk bila-bila masa, serta crossplay penuh seawal hari pelancaran.

Ciri-ciri seperti loot individu, penyesuaian tahap secara dinamik, tetapan kesukaran mengikut pemain, dan kemampuan untuk Fast Travel ke rakan sepasukan menjadikan pengalaman bersama lebih lancar dan menyeronokkan.

Kredit: Gearbox Entertainment

Sistem loot juga menerima nafas baharu. Lapan weapon manufacturer—Order, Ripper, Daedalus, Tediore, Maliwan, Jakobs, Vladof, dan Torgue—mempunyai gaya unik tersendiri, dengan tiga yang pertama merupakan tambahan terbaharu.

Sistem Licensed Parts membolehkan kombinasi ciri daripada pelbagai manufacturer dalam satu senjata, membuka peluang eksperimen. Senjata Legendary kini lebih jarang dijumpai dan lebih berkuasa, menjadikan setiap satu benar-benar terasa istimewa.

Pemain boleh memburu semula gear kegemaran mereka melalui ulangan misi atau menggunakan Moxxi’s Big Encore Machine untuk pertarungan bos ulangan.

Kredit: Gearbox Entertainment

Slot gear baharu menambahkan lagi strategi: Ordnance (gabungan Grenade dan Heavy Weapon) dicas semula berdasarkan cooldown, Enhancements memberikan bonus unik mengikut manufacturer, manakala Repkits memberi kesan penyembuhan atau buff sementara semasa bertarung.

Pertarungan bos seperti Vile Lictor di Terminus Range bersama Siren Amara pula menuntut kepakaran dan taktikal maksimum, menguji kebolehan dan persiapan anda sepenuhnya.

Anda boleh merujuk laman blog untuk info lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Borderlands 4
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

Next Post

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

Papa Zola: The Movie - Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd