Setiap hari Jumaat, Epic Games Store akan mengemas kini barisan game percuma yang tersedia selama satu minggu. Sudah beberapa bulan yang lepas, Epic memberi dua hingga tiga game secara percuma setiap minggu. Kini, mereka kembali dengan memberi satu game tetapi ianya misteri sehingga masanya tiba. Borderlands 3 adalah game percuma yang diberi oleh Epic Games!
Mulai hari ini, 19 Mei hingga 26 Mei, korang boleh tebus Borderland 3 tanpa sebarang kos dan akan berada dalam koleksi buat selama-lamanya. Best kan?
Borderlands 3 adalah game action RPG FPS yang telah dilancarkan pada 2019 di PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store. Ianya telah dibangunkan oleh Gearbox Software dan diterbitkan oleh 2K Games. Ia adalah sekuel kepada Borderlands 2 dan entri keempat dalam siri Borderlands utama.
Sejak dikeluarkan, developer Gearbox Software telah mengeluarkan beberapa DLC yang boleh dimuat turun. Dengan adanya DLC, banyak yang mereka memperkenalkan kandungan baharu seperti kawasan, misi, senjata dan cerita baharu kepada game. Epic Games hanya menawarkan versi asas Borderlands 3 secara percuma, tetapi semua kandungan tambahan dan DLC boleh dibeli secara berasingan.

Jalan Cerita
Borderlands 3 berlaku kira-kira tujuh tahun selepas Borderlands 2 dan enam tahun selepas Tales from the Borderlands. Borderlands 3 bermula dengan empat Vault Hunters – Amara the Siren baharu, FL4K the Beastmaster, Moze the Gunner dan Zane the Operative.
Mereka menyertai Crimson Raiders Lilith sebagai rekrut baharu yang dihantar untuk menyiasat Children of the Vault dan pemimpin misteri mereka, kembar Calypso, Tyreen dan Troy, yang dipercayai memiliki Vault Map yang telah lama hilang.

Setelah menuntut semula Vault Map, The Crimson Raiders dan krew menaiki kapal angkasa Sanctuary III untuk mengembara ke planet lain di seluruh galaksi untuk menuntut Vault yang mereka pegang sebelum Calypsos boleh mencuri kuasa mereka untuk diri mereka sendiri.
Selain itu, Jualan Mega Epic Games Store juga menyedia lebih 1,600 game dengan diskaun dan kupon diskaun 25% yang pengguna boleh gunakan untuk pembelian semasa jualan diadakan. Kupon tersebut hanya boleh digunakan kepada game yang berharga RM 60.00 ke atas. Jualan ini diadakan bermula 19 Mei sehingga 16 Jun 2022.

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat tebus Borderlands 3 sekarang di Epic Games Store secara percuma. Untuk lebih banyak berita tentang game percuma, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post