Jika anda pemain atau peminat Genshin Impact, bolehlah anda melawat ke Sunway Velocity Mall di Kuala Lumpur. Di sana, ada sebuah booth khas Genshin Impact untuk anda bergambar serta menyertai acara yang dianjurkan. Booth tersebut tersedia bermula 25 Januari sehingga 7 Februari 2022.

Lokasi booth itu terletak di tingkat tiga berdekatan dengan kedai Myung Rang. Kalau anda masih tidak menjumpainya, ada kadbod Ganyu dan Zhongli yang akan berada di hadapan booth tersebut. Terdapat dua acara tersedia yang anda boleh sertai. Berikut adalah acaranya:
- Photo Challenge
- Anda perlu menangkap gambar anda di booth Genshin Impact.
- Gambar tersebut perlu dimuatnaik di mana-mana media sosial dengan hashtag #genshin dan #genshinimpact.
- Setelah selesai, anda perlu tunjukkannya kepada staf yang terlibat untuk menyelesaikan acara ini.
- Katheryne’s Magic Word
- Anda perlu mencari perkataan dan menulisnya dengan jelas.
- Ada petunjuk yang diberikan iaitu ” bongkar rahsia magis Tevyat yang diawasi.”
- Seteleah anda selesai, tunjukkan hasil penyiasatan anda kepada staf terlibat.

Anda boleh mendapat beberapa hadiah menarik dari acara ini. Antaranya ialah poskad serta pelapik cawan/ coaster. Selain daripada itu, acara giveaway khas Genshin Impact juga dijalankan di Facebook Sunway Velocity. Anda berpeluang untuk memenangi acrylic standee Zhongli atau Raiden Shogun. Untuk menyertainya, anda hanya perlu komen di post facebook tersedia dengan jawapan untuk soalan berikut:
- Apakah watak Genshin Impact kegemaran anda?
- Tag dua kawan untuk dibawa ke Sunway Velocity
- Letakkan hashtag #GenshinImpact, #Genshin dan #SunwayVelocity
Giveaway tersebut akan tamat pada 6 Februari ini. Jadi, cepat-cepat tinggalkan komen di post tersebut! Jika anda pergi untuk melihat booth tersebut, jangan lupa patuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Kita jaga komuniti Genshin dengan baik.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact, sila klik pada pautan ini.
Sumber: Facebook Sunway Velocity

@gamersantaimy
Discussion about this post