Senarai game percuma PS Plus selalunya sudah bocor sebelum hujung bulan. PlayStation juga masih belum umumkan lagi game percuma PS Plus untuk bulan Jun. Tetapi baru-baru ini, ada yang mengatakan bahawa God of War akan sertai barisan game percuma PS Plus Jun 2022. Mari kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Kebocoran mengenai game PS Plus percuma bulan Jun 2022 telah didedahkan melalui Areajugones, yang menunjukkan tiga game percuma iaitu:
- God of War
- Naruto to Boruto: Shinobi Striker
- Nickelodeon All-Star Brawl
Kita yang berada di Asia berkemungkinan mendapat game yang berbeza, tetapi tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada PlayStation. God of War yang diberikan percuma mungkin bermanfaat kepada pemain PS4 memandangkan ianya tidak tersedia dalam koleksi PS Plus Extra. Jadi, pemain baru yang masih belum mencuba game tersebut dapatlah merasa pengembaraan Kratos dan Atreus itu. Ia juga mungkin salah satu strategi pemasaran PS untuk sekuel game tersebut. Memandangkan Ragnarok akan dikeluarkan pada tahun ini juga, mungkin PS mahu seramai mungkin pemain untuk bermain God of War sebelum sekuel itu lancar.

Untuk kanak-kanak, bolehlah mereka bermain game Nickelodeon All-Star Brawl itu. Ia hanyalah fighting game yang memaparkan watak popular daripada Nickelodeon seperti Spongebob, Aang (Avatar: The Last Airbender), Danny Phantom dan banyak lagi. Ada jugalah game untuk mereka yang lebih muda untuk bermain dengan game percuma ini.

Nampaknya, kita terpaksa sabar sedikit sahaja lagi untuk pengumuman game percuma PS Plus Jun 2022 ini. Kalau betul apa yang dibocorkan memang seronoklah pemain PS4. Anda yang masih belum tuntut game percuma bulan Mei, anda ada masa sehingga 7 Jun untuk menuntutnya. Untuk segala liputan lain mengenai game percuma daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post