Jenama Mini (di bawah BMW) dan The Pokemon Company telah bekerjasama untuk mendedahkan kereta konsep elektrik Mini Aceman bertema Pikachu sebagai sebahagian daripada kolaborasi MINI x Pokémon.
Ditunjukkan semasa segmen Gamescom Opening Night Live yang dihoskan oleh Geoff Keighley, ini adalah kereta konsep elektrik dengan “ciri-ciri gaming”.
Secara lebih khusus lagi, Aceman bakal mempunyai mode Pokemon yang boleh diaktifkan untuk menghidup grafik dan animasi bertema Pikachu di bahagian paparan luar dan dalam kereta serta penambahan fungsi “gaming di dalam keselesaan kereta”.
Apabila Mode Pikachu untuk Mini Aceman Concept dihidupkan, Pikachu akan mengambil alih kabin, di mana wajahnya akan muncul pada skrin utama lalu memanjang ke dashboard dan bahagian pintu, yang turut menampilkan skrin kita boleh berinteraksi.
Di sini, dua animasi akan tampil, satu melibatkan Poké Ball manakala satu lagi animasi menunjukkan Pikachu mengeluarkan tenaga elektrik/petir daripada badan kecilnya ke seluruh kabin.

Tetapi bahagian paling menarik tentang konsep ini ialah anda boleh menyambungkan konsol mereka kepada Mini untuk bermain permainan Pokemon atau mungkin menonton salah satu filem Pokemon, gaya pandu masuk, menggunakan projektor LED hadapan Aceman untuk memancarkan skrin besar pada dinding berdekatan semasa diletakkan.
Bukan itu sahaja yang menarik tentang kereta elektrik ini, malah kita boleh menyambungkan konsol gaming kepada Mini Aceman untuk bermain apa-apa game atau menonton siri/filem kegemaran, menggunakan projektor LED hadapan untuk memancarkan gambar pada dinding berdekatan.

Namun, Mini tidak menawarkan maklumat tentang jenis konsol gaming yang akan disokong oleh kereta itu atau bagaimana cara-cara untuk menambah controller. Apa-apa hal pun, konsep ini memang mengagumkan.
Mini memilih Pikachu sebagai Pokemon kerana “sedar ia adalah Pokemon jenis elektrik yang menepati konsep Aceman, sebuah kereta elektrik. Bukan itu sahaja, Pikachu juga adalah maskot dan Pokemon yang paling popular dalam francais, jadi ia pasti mudah dikenali walaupun anda bukan peminat siri.

Anda boleh baca maklumat lanjut tentang kereta ini di blog BMW.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Pokemon, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post