Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blueprint E-sukan akan siap pada bulan April ini kata Menteri Belia dan Sukan

Kita nantikan April ini!

Wakambing by Wakambing
March 20, 2019
in Artikel, Berita
0 0
0
Blueprint E-sukan akan siap pada bulan April ini kata Menteri Belia dan Sukan
Share on FacebookShare on Twitter

Pelan tindakan (blueprint) untuk pembangunan sukan elektronik (e-sukan) di Malaysia dijangka akan siap pada bulan depan, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Beliau berkata, pelan tindakan itu akan memberi tumpuan kepada lima strategi utama iaitu:

  1. Pembangunan atlet ke arah kecemerlangan e-sukan
  2. Sokongan untuk pertumbuhan industri e-sukan
  3. Akses kepada kemudahan e-sukan yang lebih baik untuk menarik para pelabur
  4. Membina kesedaran awam dan mempromosikan permainan yang bertanggungjawab
  5. Memupuk sifat pentadbiran yang baik dalam industri e-sukan.

Di Dewan Rakyat, Datuk Mas Ermieyati Samsudin juga menanyakan soalan kepada beliau adakah program-program yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan mampu menarik minat para belia di luar sana dengan e-sukan, sejajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0. Beliau menjawab:

“Kementrian melalui Majlis Sukan Negara merangka pelan tindakan pertama bagi sukan elektronik di Malaysia yang akan membolehkan perancangan dan pelaksanaan program e-sukan lebih berstruktur untuk pembangunan yang lebih holistik, dari akar umbi hinggalah peringkat antarabangsa.”

Beliau juga berkata, jawatankuasa khas yang terlibat dalam merangka pelan tindakan itu termasuklah para peminat sukan dan personaliti industri. Tambahnya lagi, kementerian sedang bekerjasama dengan Esports Malaysia (ESM) untuk menganjurkan liga sukan elektronik untuk menentukan ranking pemain mengikut acara yang mereka ambil bahagian.

Sumber: Stadium Astro

Menurutnya lagi, E-sukan juga akan mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara menerusi teknologi dan pelancongan.

“Malaysia berada di tangga ke-21 dalam ranking pasaran global untuk e-sukan. Malah, Razer, syarikat e-sukan terbesar, telah menggunakan 280 belia di ibu pejabat barunya di Malaysia.” katanya.

Menjawab pertanyaan tambahan dari Mas Ermieyati mengenai platform latihan e-sukan untuk belia luar bandar yang mungkin menghadapi masalah dengan sistem jalur lebar, Syed Saddiq berkata Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, serta sektor swasta untuk memperluaskan pembangunan sukan elektronik ini.

Sumber: The Sun Daily

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: aprilblueprintEsportsesukankbsSyed Saddiq
Previous Post

[GDC 2019] Google memperkenalkan Stadia – Anda boleh main game Triple AAA melalui Google Chrome sahaja!

Next Post

Konami melancarkan Anniversary Collection Series untuk PS4, Xbox One, Switch dan PC!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Konami melancarkan Anniversary Collection Series untuk PS4, Xbox One, Switch dan PC!

Konami melancarkan Anniversary Collection Series untuk PS4, Xbox One, Switch dan PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd