Perlawan Piala Dunia 2022 menjadi semakin hangat dan sekarang, ada beberapa negara menjadi tumpuan utama di mata dunia iaitu Jepun. Pasukan bola sepak tersebut telah mengejutkan peminat di seluruh dunia selepas menewaskan Jerman, dan kini mereka melakukan sekali lagi dengan menundukkan pasukan Sepanyol. Selepas kemenangan mereka, ramai peminat berkata bahawa pasukan Jepun ini seperti daripada siri manga dan anime Blue Lock.

Sama seperti selepas Jepun vs German, Blue Lock sekali lagi trending di seluruh dunia, ini kerana perlawanan tersebut terlalu sengit seperti yang terjadi di dalam manga oleh Muneyuki Kaneshiro. Peminat memerhati Jepun dengan penuh harapan apabila mereka menonton perlawanan itu dari 1:1 sehingga Jepun menjaringkan gol kemenangan menjadikan skor 2:1 sehingga penghujung perlawanan. Kemenangan tersebut menarik perhatian ramai di media sosial, Blue Lock dengan pantas menjadi perbualan disebabkan cara permainan daripada pasukan Jepun.
Seperti yang anda lihat pada tweet di atas, peminat menunjukkan beberapa persamaan antara Blue Lock dan perlawanan Jepun menentang Sepanyol. Nampaknyan pandangan Kaneshiro mengenai projek Blue Lock adalah sengat tepat kerana terdapat beberapa perlawanan fiksyen telah berlaku di dunia sebenar. Jadi, jika anda ingin melihat bagaimana perlawanan Piala Dunia berakhir, mungkin anda perlu tonton Blue Lock sekarang!
Ia merupakan suatu yang baik kerana anime tersebut merupakan salah satu rancangan terhangat tahun ini dan ia masih berlangsung sehingga sekarang. Anime sukan ini mempunyai semua aksi yang pasti anda mahukan dan animasinya semakin bagus pada setiap epsiod. Sudah tentu jualan manga siri ini semakin meningkat dan cuba anda bayangkan bagaimana kalau Jepun menjuarai perlawanan Piala Dunia tahun ini. Pasti jualan manga Blue Lock akan meletup!
Untuk pengetahuan anda, siri Blue Lock berlatarkan pada tahun 2018 selepas kekalahan pasukan Jepun di perlawanan Piala Dunia 2018. Untuk menambah baik pasukan bola tersebut, pihak kerajaan Jepun telah mencipta Project Blue Lock dengan harapan dapat mencipta penyerang terbaik dunia. Youchi Isagi, seorang pemain bola sepak sekolah menengah telah menyertai projek tersebut. Kini, dia harus buktikan dirinya sebagai salah seorang penyerang terhebat untuk melepasi projek tersebut. Anda boleh baca maklumat siri ini dengan lebih lanjut di sini.

Twitter rasmi Blue Lock juga tidak sangka Blue Lock akan trending lalu membuat post yang bertulis “Untuk trend di seluruh dunia, #BlueLock menghalang lagi! Bersama-sama dengan egois di seluruh dunia, saya gembira termasuk dalam kehangatan ini! Mari sama-sama menyokong #FIFAWorldCup. Ganbare! Egore! Japan!!”
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post