Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[BlizzConline 2021] Info lanjut tentang open world PvP, acara besar & lain-lain dalam Diablo 4!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2021
in Acara, Artikel, Battle.net, Berita, Genre, MMO, Pameran/Expo, PC, Real time strategy
0 0
0
[BlizzConline 2021] Info lanjut tentang open world PvP, acara besar & lain-lain dalam Diablo 4!
Share on FacebookShare on Twitter

BlizzConline sedang berlangsung sekarang di mana Diablo 4 menjadi fokus utama untuk acara tahun ini. Semalam semasa acara BlizzCon, kelas Rogue baru telah diumumkan, tetapi bukan itu sahaja yang ingin didedahkan oleh Blizzard. Mereka telah menjelaskan lebih banyak lagi tentang dunia terbuka Diablo 4 dalam video baru di mana ia menguraikan pelbagai ciri-ciri penting, termasuk zon PvP dan acara besar, serta “mount” yang kita boleh guna dan koleksi barangan.

Untuk Diablo 4, Blizzard muncul dengan struktur bijak yang membolehkan aksi “open world PvP” dalam cara yang disokong secara naratif. Kawasan-kawasan dunia terbuka ini digambarkan sebagai kawasan di mana kebencian Mephisto telah meletup dari bumi, lalu menciptakan Field of Hatred.

Dalam kawasan ini, kita boleh berlawan dengan pemain lain. Zon PvP Field of Hatred adalah sepenuhnya “optional“, tetapi untuk mereka yang berani mencabarnya, ia menawarkan pelbagai ganjaran dan cabaran unik termasuk mata wang istimewa Shards of Hatred.

Selain itu, Fields of Hatred juga mempunyai pelbagai kandungan PvE. Kita boleh jumpa pelbagai jenis raksasa, acara, harta karun dan juga Shards of Hatred. Walaupun begitu, PvP boleh berlaku pada bila-bila masa tetapi ini memberi peluang kepada pemain PvE untuk bereksperimen dengan semua kandungan.

Di samping itu, video Diablo 4 di atas tidak hanya menumpukan perhatian pada Fields of Hatred dan PvP. Ia juga secara ringkas menyentuh tentang aspek penerokaan dan “mount“. Beberapa perincian mengenai cara mendapat dan mengumpul “mount” dikongsi, serta ciri customization. Untuk memudahkan pemahaman semua, ia lebih kurang sama seperti World of Warcraft.

Untuk memperolehi apa yang anda mahu, Blizzard ingin pemain meneroka dan mencabar diri sendiri, supaya usaha mereka dibalas dengan ganjaran yang sesuai. Itulah matlamat utama Diablo 4.

Diablo 4 sedang dibangunkan untuk PC dan konsol. Untuk segala liputan kami tentang BlizzConline 2021, sila tekan pautan ini.

Lihat di sini
Diablo IV
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Diablo IV adalah ARPG dungeon crawler yang dikembangkan oleh Blizzard Entertainment, sebagai ansuran keempat dalam siri Diablo. Permainan ini diumumkan di BlizzCon 2019 pada 1 November 2019 untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BlizzardBlizzConline 2021Diablo 4PvP
Previous Post

[BlizzConline 2021] “Diablo 2 adalah permainan penting dalam siri Diablo!” Temuramah Eksklusif Diablo II: Resurrected!

Next Post

[BlizzConline 2021] Segala info baru yang kamu harus tahu tentang Overwatch 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[BlizzConline 2021] Segala info baru yang kamu harus tahu tentang Overwatch 2!

[BlizzConline 2021] Segala info baru yang kamu harus tahu tentang Overwatch 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd