Sejak Diablo 4 mendedahkan tiga kelas pertamanya (Barbarian, Druid, dan Sorceress), peminat masih tertanya apakah kelas yang tinggal. Di BlizzConline, soalan ini akhirnya dijawab.
Kelas keempat yang disahkan untuk Diablo 4 adalah Rogue. Dengan menggabungkan aksi pantas dan abilitinya yang membunuh, kelas ini sama handal dengan Barbarian, Druid dan Sorceress. Banyak spekulasi dibuat tentang kelas berikutnya, dan ramai meminta supaya kelas berdasarkan “dexterity” dihasilkan. Maka, inilah jawapan Blizzard.
Rogue dapat menggunakan sejumlah senjata jarak dekat seperti belati, jadi pemain dapat membina kelas ini dalam beberapa cara yang sesuai dengan keperluan pemain. Menurut rumusan rasmi, pemain Diablo 4 dapat melakukan “serangan jarak jauh dan jarak dekat dengan kecepatan dan mobiliti yang luar biasa … untuk membunuh segerombolan musuh dengan senjata istimewa dan serangan khusus.”
Sedikit gameplay ringkas ditunjukkan di penghujung trailer, yang menunjukkan dia menggunakan “dual-wielding dagger” dan melakukan pelbagai abiliti dan teknik di mana dia bergerak dengan laju dalam kawasan untuk menikam musuh. Satu abiliti yang saya nampak ialah hujan anak panah yang berunsur “crowd-control“. Tiada ada yang benar-benar unik memandangkan kelas ini memang biasa dilihat dalam mana-mana RPG, tetapi kali ini kita boleh merasa dalam suasana Diablo 4.
Walaupun Rogue dibina khusus untuk Diablo 4, ini bukan penampilan pertamanya dalam francais kerana game Diablo yang pertama juga mempunyai kelas Rogue. Tarikh pelepasan rasmi tidak diumumkan, jadi peminat masih perlu menunggu. Semoga lebih banyak maklumat tentang Rogue akan didedahkan pada minggu-minggu akan datang.
Diablo 4 sedang dikembangkan untuk PC, PS4, dan Xbox One. Untuk segala liputan kami tentang BlizzConline 2021, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post