Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blizzard tanpa sengaja mendedahkan patch WoW: Burning Crusade Classic akan dilancarkan 1 Jun ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
May 6, 2021
in Artikel, Battle.net, Berita, MMO, PC, Platform
0 0
0
Blizzard tanpa sengaja mendedahkan patch WoW: Burning Crusade Classic akan dilancarkan 1 Jun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara BlizzConline yang diadakan Februari lalu, Blizzard telah mengumumkan patch Burning Crusade akan hadir ke World of Warcraft Classic. Ramai peminat WoW Classic telah mengharapkan kandungan baru untuk permainan kegemaran mereka dan menantikan info terbaru dari Blizzard. Baru-baru ini, syarikat tersebut tanpa sengaja telah mendedahkan sendiri mengenai tarikh pelancaran Burning Crusade Classic.

Maklumat ini diperolehi melalui subreddit WoW Classic, dimana seorang pengguna telah berkongsi screenshot iklan untuk patch ini di Battle.net. Iklan tersebut menyatakan patch tersebut akan dilancarkan pada 1 Jun ini, iaitu beberapa minggu sahaja lagi dari sekarang. Artikel yang dimuat naik oleh ‘Nonbread‘ menyatakan iklan ini diletakkan di halaman Heroes of the Storm, dan apabila dia menekan pautan tersebut, ianya terus ke laman World of Warcraft Classic.

Buat masa ini, para peminat WoW Classic masih berdebat tentang tarikh pelancaran tersebut. Beberapa pemain menyatakan tarikh itu sangat singkat untuk pre-patchnya, yang ditayangkan di vanilla WoW beberapa minggu sebelum patch itu dilancarkan. Ada juga yang menyatakan berita ini hanyalah palsu dari peminat.

World of Warcraft: The Burning Crusade Classic telah diumumkan semasa acara tahunan BlizzCon bersama beberapa trailer baru. Patch ini dijangkakan menjadi kawasan baru untuk para pemain dan dapat berjumpa dengan pemain lain yang memasuki The Dark Portal. Antara patch lain yang akan dilancarkan semula adalah seperti The Wrath of the Lich King dan Cataclysm.

Bagi peminat WoW Classic, anda boleh membaca temu ramah eksklusif kami bersama John Hight, penerbit Burning Crusade Classic. Anda juga boleh menekan pautan untuk mendapatkan liputan sebelum ini mengenai WoW Classic.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCWorld of Warcraft: The Burning Crusade ClassicWoW
Previous Post

ROG hasilkan laptop Gaming berkonsepkan unik untuk Top Pro Skateboarder Nyjah Huston!

Next Post

Lompat, Guling, Jom berpesta! Ujian beta tertutup EGGY GO bermula 7 Mei ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Lompat, Guling, Jom berpesta! Ujian beta tertutup EGGY GO bermula 7 Mei ini!

Lompat, Guling, Jom berpesta! Ujian beta tertutup EGGY GO bermula 7 Mei ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd