Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blizzard tamatkan kontrak dengan NetEase selepas 14 tahun, China rugi besar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 17, 2022
in Artikel, Berita, Industri, Mobile
0 0
0
Blizzard tamatkan kontrak dengan NetEase selepas 14 tahun, China rugi besar!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Activision Blizzard mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan majoriti perkhidmatan game Blizzard di China sebaik sahaja perjanjian pelesenan dengan NetEase berakhir pada bulan Januari.

Selepas 14 tahun bersama, Blizzard Entertainment mendakwa mereka tidak dapat mencapai kata perjanjian bersama NetEase atas sebab “prinsip operasi dan komitmen Blizzard kepada pemain dan pekerja.” Berpangkalan di Hangzhou, NetEase kemudian kata mereka tidak dapat bersetuju dengan syarat utama dan menjelaskan tamat tempoh lesen tidak mempunyai “impak material” ke atas keputusan kewangan.

Pada masa yang sama, mereka kata game Blizzard hanya menyumbang total 1% kepada jumlah keuntungan bersih pada 2021 dan sepanjang 9 bulan pertama tahun 2022.

Malangnya, kajian mendapati harga saham NetEase telah merosot kira-kira 11% di pasaran Hong Kong berikutan pengumuman.

Tanpa Blizzard, pendapatan NetEase akan menurun sebanyak 6-8% pada tahun depan. Bak kata Reuters, pengiraan adalah berdasarkan anggaran game berlesen oleh Blizzard sebenarnya menyumbang sekitar 10% daripada jumlah hasil NetEase manakala judul Blizzard mememuhi senarai katatalog sebanyak 60-80%.

Blizzard turut kata bahawa pengedaran game mereka akan digantung selama beberapa hari. Antara game yang akan digantung mulai 23 Jan termasuk ‘World of Warcraft’, ‘Hearthstone’, ‘Warcraft III: Reforged’, Overwatch’, siri ‘StarCraft’, ‘Diablo III’ dan ‘Heroes of the Storm’.

‘Diablo Immortal’ yang diterbitkan baru-baru ini, dilindungi oleh perjanjian jangka panjang yang berasingan, lalu membolehkan perkhidmatannya diteruskan di China.

Industri gaming China, yang pernah diakui memiliki pertumbuhan tanpa had, sebenarnya telah dijejaskan oleh usaha Beijing untuk mengetatkan pengawasan terhadap sektor permainan video, termasuk mengurangkan jumlah game berlesen dan mengehadkan masa bermain untuk para remaja.

Apa pendapat anda tentang NetEase? Adakah mereka sanggup bekerjasama semula bersama Blizzard?

Sumber – SCMP

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Blizzardchinaindustrinetease
Previous Post

Beta Pokémon TCG Live kini tersedia di Mobile & PC! Download sekarang!

Next Post

Dead Island 2 ditunda sekali lagi, kini akan keluar 28 April 2023

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Dead Island 2 ditunda sekali lagi, kini akan keluar 28 April 2023

Dead Island 2 ditunda sekali lagi, kini akan keluar 28 April 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd