Perhatian kepada ahli-ahli dan peminat-peminat setia Blizzard! Anda telah dijemput oleh pihak Blizzard Entertainment untuk bersama-sama menghabiskan hujung minggu yang akan dipenuhi aktiviti permainan, esukan, kosplay, serta berita-berita gaming terbaru dan terkini yang akan dibentangkan di BlizzCon ® 2019! BlizzCon kali ini akan berlansung di Pusat Konvensyen Anaheim di California pada 1 dan 2November. Tiket akan dijual dalam dua gelombang pada 4 Mei, Sabtu dan 8 Mei, Rabu.
BlizzCon 2019 akan menampilkan pelbagai tarikan dan aktiviti untuk peminat, termasuk panel pemaju yang mendalam, pertandingan esports kelas dunia, dan peluang untuk mendapatkan perhatian dalam kreativiti komuniti. Selain itu, tedapat BlizzCon Pregame Festivities” yang peminat dapat bersama-sama berlari keluar konvensyen sehari sebelum hari pembukaan.
Tidak lupa acara esukan yang paling peminat tunggukan di Blizzcon. Sorotan Esukan untuk BlizzCon 2019 termasuk Final Global Hearthstone®,Overwatch World Cup; final global epik untuk Siri Kejohanan Dunia StarCraft® II, Pertandingan Kejohanan Dunia World of Warcraft dan final global pertama World of Warcraft Mythic Dungeon International.
BlizzCon tahun ini akan menampilkan tiga tiket pas berasingan. Harga BlizzCon Pass umum untuk $229, BlizzCon Portal Pass untuk $550, dan BlizzCon Benefit Dinner untuk mengumpul wang dan diderma untuk Hospital Kanak-kanak Orange County berharga $750. Gelombang pertama jualan tiket bermula pada 4 Mei pukul 10 pagi PT dan yang kedua bermula pada 8 Mei pukul 7 pagi PT, tiket boleh dibeli melalui AXS. Semua pas masuk termasuk kemasukan umum dan datang dengan pilihan mighty Orc Grunt atau patung koleksi bold Human Footman.
Turut diingatkan BlizzCon Portal Pass adalah pilihan tiket yang berasingan yang termasuk akses kepada Darkmoon Faire semasa Malam baru di acara Faire pada malam BlizzCon, turut bersama pilihan tiket ini, peminat akan menjadi antara yang pertama memasuki acara pada hari Jumaat dan Sabtu, tempat letak kereta pilihan, pendaftaran terawal, garis keselamatan berasingan dan banyak lagi. Pas Benefit Dinner juga akan menerima tunjangan ini.
Jadi untuk lebih info mengenai Blizzcon, anda boleh melayar laman web rasmi mereka di www.blizzcon.com.
Selain itu anda juga boleh menempah hotel yang disediakan Blizzcon terus dari laman web ini https://registration.experientevent.com/ShowBLZ191/Flow/ATT
@gamersantaimy
Discussion about this post