Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blizzard akhirnya betulkan gear system teruk World of Warcraft!

The Heart of Azeroth akan menjadi Artifact Weapon daripada Legion, dan akan memberi active ability yang kuat dan passive bonus yang cun.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 12, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Blizzard akhirnya betulkan gear system teruk World of Warcraft!
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu terbesar yang mengganggu World of Warcraft: Battle of Azeroth sejak pelancarannya pada tahun lepas ialah cara bagaimana pemain memperoleh dan upgrade gear. Sistem Azerite Armor memang dengar macam cool, tetapi pemain dengan cepat mula benci sistem ini. Bayangkan betapa payahnya untuk grinding level up Heart of Azeroth Necklace semata-mata untuk membuka ciri-ciri Azerite di armor baru anda- terutamanya apabila ciri-ciri yang disebut tadi sudahpun dibuka sebelum ini. Memang ini satu sistem yang teruk.  Blizzard telah meluangkan masa 8 bulan untuk membaiki sistem ini dengan mengubahsuai sikit-sikit sini sana dengan ciri-ciri yang lebih menarik. Kesimpulannya, patch 8.2 World of Warcraft akan overhaul seluruh sistem- dan memang lebih bagus lah daripada sistem sebelum ini.

Watch Rise of Azshara Content Preview from Warcraft on www.twitch.tvKetika di livestream, senior game designer Jeremy Feasel memberi pemain pandangan pertama patch 8.2, Rise of Azshara. Patch besar ini akan memperkenalkan zone, dungeon dan raid baru. Update yang peminat paling tunggu ialah rework sepenuhnya Heart of Azeroth, yang dijelaskan oleh Feasel dengan penuh butiran.

Apabila Rise of Azshara dilancarkan pada musim panas ini, Azerite Armor tidak akan terikat dengan level Heart of Azeroth. Sebaliknya, ciri-ciri Azerite akan di-unlock secara automatik supaya pemain boleh bebas memilih ciri yang paling mereka ingin. The Heart of Azeroth kini akan menjadi Artifact Weapon daripada Legion, dengan skill tree yang boleh dibuka sambil anda mengumpul Azerite dan meningkatkan level-nya. Paling best sekali ialah kehadiran sebuah active ability yang pemain boleh guna di dalam pertempuran.

Sini saya terangkan. Pemain boleh customize abiliti yang dimiliki oleh Heart of Azeroth mereka. Seperti yang dijelaskan oleh Feasel, pemain akan memperolehi Titanic Essences yang setiap satu ada kuasa major dan minor. Kuasa major ialah abiliti aktif unik yang akan mengubah rotasi pertempuran anda manakala kuasa minor ialah buff pasif. Apabila diletakkan di slot major Heart of Azeroth, kedua-dua kuasa major dan minor Titanic Essence akan diaktifkan manakala minor slot hanya aktifkan kuasa minor sahaja, Jadi, Heart of Azeroth yang lengkap seharusnya memberi pemain satu kuasa major dan empat kuasa minor.

Titanic Essences datang daripada pelbagai bentuk aktiviti- daripada dungeon dan quest sehingga ke PvP- dan juga hadir dalam pelbagai jenis tahap yang mampu boost dan mengubah fungsi abiliti pemain.

Ini ialah satu perubahan yang bagus dan boleh menjadikan progression system Battle Azeroth lebih seronok dan berbaloi. Saya sendiri pun tidak sabar untuk cuba. Jika korang nak butiran yang lebih terperinci tentang Heart of Azeroth baru ini, korang boleh check di blog Blizzard atau tonton livestream Twitch. Patch 8, Rise of Azshara masih tiada tarikh keluaran, tetapi server beta boleh didapati pada minggu depan.

Sumber – PCGamer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 8.2Battle of AzerothNew UpdateRise of AzsharaWorld of Warcraft
Previous Post

*Rumors* Star Wars Jedi: Fallen Order™ Artwork, Cerita dan Perincian Permainan tersebar!

Next Post

PS4 Starter Pack yang baru dan Controller edisi terhad Alpine Green akan dikeluarkan tidak lama lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PS4 Starter Pack yang baru dan Controller edisi terhad Alpine Green akan dikeluarkan tidak lama lagi!

PS4 Starter Pack yang baru dan Controller edisi terhad Alpine Green akan dikeluarkan tidak lama lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd