Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach TYBW kini berada dalam ranking “Top 3 Best Anime”, di bawah Fullmetal Alchemist

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Bleach TYBW kini berada dalam ranking “Top 3 Best Anime”, di bawah Fullmetal Alchemist
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang korang semua tahu, episod pertama untuk Bleach “Thousand Year Blood War” akhirnya telah dikeluarkan. Selepas sedekad mendiamkan diri, protagonis Kurosaki Ichigo membuat comeback yang besar di mana ia mula trending di platform media sosial kerana kualiti animasinya yang bagus dan jalan cerita yang menarik. Oleh kerana itu, Bleach kini berada dalam ranking “Top 3 Best Anime”, hanya satu keduduk di bawah Fullmetal Alchemist.

Nampaknya selepas menonton Bleach, ramai peminat pergi ke laman web MyAnimeList, IMDb dan sebagainya untuk meninggalkan rating mereka bagi episod pertama. Bernama “The Blood Warfare” episod pertama diberi rating sebanyak 9.6/10 pada IMDb manakala di MyAnimeList, anime baru Bleach dinilai begitu tinggi sehingga ia berada di ranking “3 Anime Terbaik” dengan skor 9.11/10 (markah semasa artikel ini ditulis).

Buat masa ini, Bleach TYBW berada di kedudukan kedua di bawah Fullmetal Alchemist Brotherhood (skor 9.12), diikuti oleh Kaguya Sama: Love Is War di tempat ketiga dengan skor 9.11/10.

Namun, rating anime Bleach mungkin akan turun apabila lebih banyak episod disiarkan menurut kata orang ramai. Bagi mereka yang tidak tahu, Bleach TYBW mempunyai total 52 episod, jadi ia sukar untuk mengekalkan kualiti animasi yang bagus.

Sebelum ini, banyak siri yang pernah mengalahkan Fullmetal Alchemist Brotherhood seperti Kaguya Sama, Attack on Titan, dan Gintama, tetapi akhirnya FMAB mengambil semula posisinya sebagai raja anime selepas beberapa hari atau minggu. Malah Naruto dan One Piece yang dipuji orang ramai pun tidak cukup handal untuk kalahkan FMAB.

Walau bagaimanapun, saya mengaku bahawa episod pertama Bleach ” Thousand Years Blood War” memang hebat dan layak mendapat pujian. Apakah pendapat korang tentang anime terbaru Bleach? Best atau tidak? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk menonton Bleach, korang boleh tonton melalui Disney+, Ani-One Asia, Amazon Prime Video dan IQiyi. Untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach , sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleach
Previous Post

Game Mobile Battle Royale, Final Fantasy 7: The First Soldier Bakal Tutup Pada Januari 2023!

Next Post

Valorant dedahkan UI/UX & agent “controller” baru Harbor

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Valorant dedahkan UI/UX & agent “controller” baru Harbor

Valorant dedahkan UI/UX & agent "controller" baru Harbor

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd