Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach Thousand Years Blood War Sah Hadir di Disney+, Tarikh Simulcast Belum Didedahkan!

Maira by Maira
October 4, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Disney+
0 0
0
Bleach Thousand Years Blood War Sah Hadir di Disney+, Tarikh Simulcast Belum Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan lepas baru sahaja sembang tentang khabar angin mengenai platform penstriman untuk anime Bleach. Nampaknya khabar angin tersebut betul. Anime Bleach Thousand Year Blood War akan ditayangkan melalui platform Disney+.

bleach disney

Melalui pengumuman oleh Viz, siri anime tersebut tersedia di dua platform sahaja iaitu Hulu untuk peminat Amerika dan Disney+ untuk peminat antarabangsa. Ini agak merisaukan juga kerana cara Disney+ mengendalikan tayangan anime agak mengecewakan. Boleh hilang “hype” dibuatnya. Itulah yang terjadi kepada siri Summer Time Rendering dan Black Rock Shooter: Dawn Fall.

BLEACH: Thousand-Year Blood War will be available on Hulu in the U.S. and on Disney+ internationally. pic.twitter.com/bINykAUOZp

— VIZ (@VIZMedia) October 3, 2022

Mengenai siri ini, ia akan mempunyai 4 bahagian dan tidak akan ditayangkan secara berturut-turut ataupun bermusim. Jika satu bahagian mempunyai sebanyak 12 episod, ini bermakna Bleach TYBW akan mempunyai sekurang-kurangnya 48 episod.

Dikendalikan oleh Studio Pierrot, ia memang pasti adaptasi anime Bleach kali ini akan kurang disensor atau betul-betul “uncensored” berbanding siri asal oleh Pierrot yang sebenarnya banyak ditapis terutamanya adegan pertempuran berdarah. Dari keseluruhan story arc Bleach, “Thousand Year Blood War” boleh dikatakan antara arc yang mengandungi pertarungan paling kejam dalam sejarah siri.

Buat masa ini, masih tiada maklumat tentang tayangan perdana untuk Bleach TYBW di platform tersebut. Harap-harap sangat ianya akan simulcast sama hari dengan Jepun. Bosan juga nampak peminat lain sudah tengok, tetapi kita perlu menunggu pula. Disney+ Hotstar juga masih belum memberikan sebarang pengumuman mengenai tayangan anime Bleach. Jadi kita tunggulah pengumuman lanjut daripada pihak mereka. Boleh juga ikuti laman rasmi mereka di Facebook dan Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini.

Untuk segala liputan mengenai Bleach daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachBleach: Thousand Year Blood WarDisney+
Previous Post

Nintendo Pictures Rasmi Diperkenalkan! Bakal Fokus Pada Penghasilan Visual Menggunakan IP Syarikat!

Next Post

Studio China buat hal lagi, kali ini memplagiat Call of Duty pula!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Studio China buat hal lagi, kali ini memplagiat Call of Duty pula!

Studio China buat hal lagi, kali ini memplagiat Call of Duty pula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd