Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Rumusan lengkap tentang kebolehan sebenar Kurosaki Ichigo!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 14, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Bleach: Rumusan lengkap tentang kebolehan sebenar Kurosaki Ichigo!
Share on FacebookShare on Twitter

Dahulu digelarkan sebagai salah satu “big three” bersama One Piece dan Naruto, seluruh dunia jatuh cinta dengan siri manga/anime popular Bleach. Mengisahkan sang protagonis, Kurosaki Ichigo, ramai yang ingin tahu tentang sumber kuasa dan kebolehan (termasuk asal-usul kebolehan tersebut), tetapi ia memerlukan pemahaman yang luas dan tinggi. Terutama lagi dengan latar belakang Ichigo yang mengelirukan. Selepas membuat penyelidikan yang sepatutnya, saya akan memberi beberapa penjelasan ringkas tapi padat tentang kuasa sebenar Kurosaki Ichigo!

Memiliki kuasa Shinigami, Hollow & Quincy

Pertama sekali anda semua patut tahu ialah Ichigo mewarisi kuasa Quincy, Shinigami dan Hollow. Sebagai bekas kapten Shinigami, Kurosaki Isshin (ayah Ichigo) memiliki kuasa Shinigami, manakala ibunya, Kurosaki Masaki, adalah Quincy yang mewariskan kuasa Quincy dan Hollow. Mengapa ibunya mempunyai kuasa Hollow? Biar saya jelaskan. Kuasa hibrid Shinigami-Hollow ini didedahkan semasa story arc Thousand Year Blood War, di mana Masaki diserang dan dijangkiti oleh seekor Hollow sebelum Ichigo dilahirkan.

Untuk menyelamatkan Masaki dari Hollow tersebut, Isshin memberi seluruh kuasa Shinigami kepada Masaki untuk mengimbangkan tenaga jangkitan Hollow. Akibatnya, roh Masaki adalah gabungan antara Shinigami dan Hollow, lalu diwariskan kepada Ichigo. Disebabkan Isshin menjadi manusia setelah menyelamatkan Masaki, Ichigo hanyalah separuh darah Shinigami.

Kuasa Shinigami Ichigo pertama kali muncul selepas menyerap kuasa Rukia. Oleh kerana tenaga Hollow dan Shinigami bercampur, kuasa Hollow secara serentak pun terbangkit oleh peristiwa ini. Kekuatan Quincy milik Ichigo pula muncul semasa pertarungannya dengan Sternritter Quilge Opie setelah terdedah kepada Reiatsu-nya.

Apabila Ichigo memasuki dunia dalaman untuk bercakap dengan roh Zanpakutō-nya, ia menampilkan diri dalam dua bentuk; seorang lelaki yang memakai cermin mata dan jubah hitam bernama “Zangetsu,” dan Hollow Ichigo (nama sementara). Ichigo menganggap kedua-dua roh ini sebagai entiti yang berlainan pada awal cerita, dan percaya Zangetsu sebagai roh sebenar Zanpakutō manakala Hollow Ichigo adalah kuasa jahat yang berusaha untuk mengambil alih rohnya. Hakikatnya, Zangetsu adalah manifestasi dari kuasa Quincy, manakala Hollow Ichigo adalah manifestasi dari kuasa hibrid Shinigami-Hollow.

Quincy Zangetsu membenci para Shinigami, dan tahu bahawa jalan hidup seorang Shinigami akan menyebabkan mereka bertemu dengan Yhwach dan akhirnya menyebabkan kematian Ichigo. Ini menyebabkan Quincy Zangetsu membataskan kuasa Shinigami-Hollow, dan pada masa yang sama menyamar sebagai roh sebenar Zanpakutō. Ketika musuh Ichigo semakin kuat, Quincy Zangetsu akhirnya terpaksa mengalah kepada Hollow Zangetsu (saya akan menggelar Hollow Ichigo sebagai nama ini bermula sekarang).

Ketika Ichigo bertambah kuat, tanpa sedar, dia telah menggunakan lebih banyak kuasa Hollow, yang terbukti oleh transformasi Vizard dan Vasto Lorde-nya. Pada mulanya, Ichigo menganggap peristiwa ini sebagai Hollow Zangetsu yang ingin mengambil alih rohnya, tetapi sebenarnya ia adalah kesan dari Ichigo yang menggunakan kekuatan sebenar Zangetsu. Ternyata, ia mustahil bagi Ichigo untuk tidak menggunakan kekuatan penuh Shinigami sambil memanfaatkan kekuatan Hollow, kerana kedua-duanya berkait antara satu sama lain.

Hollow Zangetsu tidak pernah ingin mengambil alih roh Ichigo, sebaliknya hanya ingin membantunya bertambah kuat. Ini dibuktikan apabila ia kerap meminta Ichigo untuk membiarkannya bertarung. Quincy Zangetsu juga mengesahkan fakta ini, dan memberitahu bahawa selama ini, kuasa Hollow yang menyelamatkan Ichigo pada saat-saat kecemasan, bukan kuasa Quincy.

Mempunyai dua Zanpakutō untuk mahir

Selepas bertemu dengan Ōetsu Nimaiya, pencipta semua Zanpakutō di Squad Zero, ia didedahkan bahawa Ichigo sebenarnya tidak pernah benar-benar memiliki sebuah Zanpakutō. Selepas mengetahui hal sebenar tentang Hollow Zangetsu, Ichigo masih memandang tinggi pada Quincy Zangetsu, dan menegas bahawa kedua-dua roh tersebut adalah Zangetsu. Oleh kerana kedua-dua roh ini melengkapkan Ichigo, Nimaiya bukan sahaja menempa satu, malah dua Zangetsu untuk Ichigo! Satu pedang pendek yang mewakili kuasa Quincy, dan satu lagi pisau besar yang mewakili kuasa Shinigami-Hollow.

Quincy Zangetsu dan Hollow Zangetsu adalah seperti yin dan yang serta merupakan unsur yang menyeimbangkan Ichigo. Hanya melalui keseimbangan antara kuasa ini lah, Ichigo berjaya memaksimumkan potensinya. Ini dibuktikan ketika Ichigo membiarkan dirinya ditikam ketika ingin menguasai Mugetsu, lantas melambangkan penerimaannya terhadap kedua-dua Zangetsu. Ketika melawan Yhwach, Ichigo menyatakan bahawa dia masih tidak dapat mengawal kuasa Hollow, tetapi yakin yang kuasa Quincy akan membantu mengekalkan keseimbangan, di mana Ichigo akhirnya menunjukkan pemahaman yang tulen ke atas kuasanya.


Jika anda berminat untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachFaktaKurosaki IchigomangaTrivia
Previous Post

Trailer baru Mass Effect Legendary Edition hadir dengan visual permainan lebih baik

Next Post

Acer Malaysia memperkenalkan Laptop dan Monitor Nitro Baru dengan Kempen Zero to Nitro

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Acer Malaysia memperkenalkan Laptop dan Monitor Nitro Baru dengan Kempen Zero to Nitro

Acer Malaysia memperkenalkan Laptop dan Monitor Nitro Baru dengan Kempen Zero to Nitro

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd