Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Manga “mungkin” meneruskan kisah Ichigo dalam story arc baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 11, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Bleach: Manga “mungkin” meneruskan kisah Ichigo dalam story arc baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Bab one-shot Bleach oleh pencipta, Tite Kubo, sepatutnya menjadi epilog kepada manga asli yang berakhir pada lima tahun yang lalu. Namun selepas membaca bab ini sehingga habis, ramai peminat termasuk saya amat teruja untuk tahu bahawa bab one-shot Bleach nampaknya akan menyediakan story arc baru untuk Ichigo dan rakan-rakan.

Bleach: Special One-Shot: A brand new story with all your favorite characters! Read it FREE from the official source! https://t.co/t4E0vxltkp pic.twitter.com/jhgUNSejjC

— Shonen Jump (@shonenjump) August 9, 2021

One-shot ini diterbitkan dalam edisi terkini Weekly Shonen Jump untuk meraikan ulang tahun ke-20 bagi penerbitan asal Bleach dan kisahnya berlaku 10 tahun selepas kejadian pada penamat manga asli. Ia menampilkan Ichigo dan Orihime yang lebih tua, anak mereka, Kazui dan menunjukkan perkembangan bagi beberapa watak lain serta Rukia dan Renji, anak mereka, Ichika, dan lain-lain. Bab ini mempunyai sebanyak 74 muka surat di mana peminat boleh membaca versi terjemahan bahasa inggeris di laman web rasmi Manga Plus (Shueisha).

HARAP MAKLUM! DI BAWAH MENGANDUNGI SPOILER UNTUK BAB BARU BERIKUT!

RelatedPosts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

Setelah memperkenalkan semua watak baru/lama dan perkembangan sejak penamat manga asli, peminat akan menyaksikan Ichigo dan Renji membuat persiapan untuk upacara penghormatan bagi kapten Jūshirō Ukitake yang telah meninggal. Namun, keadaan menjadi huru-hara, apabila mereka diserang oleh sekumpulan “Hollow” dan Szayelaporro Granz, yang kembali dari Hell. Szayelaporro mendedahkan fakta yang mengejutkan tentang sifat para Shinigami dan bagaimana ia berkaitan dengan alam Hell. Rupanya masih ada banyak lagi rahsia yang terkandung di Soul Society di mana Ichigo dan rakan-rakan terpaksa menghadapi konflik baru berbentuk neraka.

Walaupun Tite Kubo dan Shonen Jump tidak mengumumkan apa-apa projek baru untuk Bleach pada masa ini, tetapi bab baru dengan jelas memberi teaser untuk story arc baru atau sekuel manga. Apa pendapat anda? Selain pelancaran one-shot ini, sebuah pameran seni sempena ulang tahun ke-20 tahun Bleach akan diadakan di Tokyo pada hujung tahun ini. Jangan lupa pula tentang “comeback” untuk anime Bleach yang masih dalam pembikinan. Musim baru ini akan mengadaptasi story arc Thousand-Year Blood War dan meneruskan kisah di siri anime yang tamat pada tahun 2012.

Bleach adalah salah satu francais anime dan manga yang paling popular pada awal tahun 00-an, dan dianggap sebagai salah satu siri “Big Three” di Shonen Jump, bersama Naruto oleh Masashi Kishimoto (sudah tamat dan kini memfokuskan pada generasi Boruto), dan One Piece oleh Eiichiro Oda yang masih berjalan sehingga hari ini. Walaupun Bleach dikatakan tidak memiliki pengaruh yang sama seperti kedua-dua francais tersebut, ramai dalam komuniti manga dan anime tidak sabar untuk melihat apa yang bakal terjadi kepada Ichigo setelah sekian lama menyepi. Adakah anda sudah membaca bab ini? Jom kongsikan pendapat dengan saya di ruang komen! Selain itu, adakah anda berminat untuk membaca rumusan lengkap bagi bab ini? Jika ya, sila beritahu juga.

Untuk segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachmangatite kubo
Previous Post

Xbox Indie Game Showcase menampilkan pelbagai game baru menarik dari studio indie!

Next Post

Idris Elba nampaknya akan menjadi Knuckles di Sonic the Hedgehog 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Idris Elba nampaknya akan menjadi Knuckles di Sonic the Hedgehog 2!

Idris Elba nampaknya akan menjadi Knuckles di Sonic the Hedgehog 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd