Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Panther: Wakanda Forever boleh ditonton melalui Disney+ mulai 1 Februari!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 5, 2023
in Artikel, Berita, Disney+, Filem, Movie/siri
0 0
0
Black Panther: Wakanda Forever boleh ditonton melalui Disney+ mulai 1 Februari!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat para peminat harimau kumbang kerana Marvel Studios telah mengumumkan bahawa Black Panther: Wakanda Forever akan tersedia untuk distrim di Disney+ bermula 1 Februari ini. Filem ini pada asalnya ditayangkan di pawagam pada pertengahan bulan November tahun lepas.

Marvel Studios’ Black Panther: #WakandaForever is streaming February 1 only on @DisneyPlus. pic.twitter.com/pE5WKrZE5Y

— Marvel Studios (@MarvelStudios) January 4, 2023

Black Panther: Wakanda Forever mengikuti pemergian tragis Chadwick Boseman yang sentiasa diingati. Marvel Studios mahu memberi penghormatan kepada pelakon itu dengan menamatkan versi T’Challa semasa pembukaan filem ini.

Pengarah Ryan Coogler membuktikan dia adalah orang yang tepat dengan menyampaikan sebuah filem hebat walaupun perlu menghadapi pelbagai dugaan. Pelbagai pandangan dan pendapat daripada orang sekeliling, namun ini adalah karya untuk semua orang menikmati.

Dengan kutipan box office global, Black Panther: Wakanda Forever berjaya mengutip lebih $800 juta dan keuntungan domestik melebihi $429 juta, filem ini telah menjadi filem superhero wanita dengan kutipan tertinggi dalam sejarah box office Amerika.

Kini, peminat boleh menonton filem arahan Ryan Coogler apabila ia datang ke Disney+ bulan hadapan. Tarikh keluaran Black Panther: Wakanda Forever di Disney+ telah didedahkan pada awal pagi hari ini.

Dengan tarikh tayangan di Disney+ didedahkan, filem ini masih mempunyai peluang untuk terus memecahkan nombor box office sehingga 1 Februari. Banyak filem masih mendapat sambutan dengan baik sebaik sahaja ia menamatkan tayangan di pawagam kerana peminat boleh terus menonton di perkhidmatan penstriman. Keupayaan untuk pause dan rewind dapat membantu peminat melihat beberapa easter egg yang terdapat dalam filem ini.

Anda juga perlu ingat bahawa filem ini secara teknikal dikeluarkan semasa era COVID, jadi sudah tentu masih ada yang teragak-aga untuk ke pawagam kerana bimbang tentang keselamatan mereka. Pandemik ini telah menyebabkan banyak penonton teragak-agak untuk menginggal rumah mereka, tetapi Black Panther: Wakanda Forever telah membuktikan keunggulan mereka.

Berikut adalah sinopsis Black Panther: Wakanda Forever:

Ratu Ramonda, Shuri, M’Baku, Okoye dan Dora Milaje berjuang untuk melindungi negara mereka daripada campur tangan kuasa dunia selepas kematian Raja T’Challa. Ketika Wakandan berusaha untuk merangkul bab seterusnya, para wira mesti bersatu dengan bantuan War Dog Nakia dan Everett Ross dan menempa laluan baharu untuk kerajaan Wakanda.

Sekali lagi saya ingatkan, Black Panther: Wakanda Forever boleh ditonton di Disney+ bermula 1 Februari. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Marvel daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: black pantherBlack Panther: Wakanda ForeverDisney+ HotstarMarvelmcu
Previous Post

Controller PS5 “Project Leonardo” Diperkenalkan! Direka Untuk Pemain Berkeperluan Khas!

Next Post

Evil Dead Rise Dedahkan Dua Versi Trailer Rasmi! Penuh Adegan Ngeri Dan Gore!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Evil Dead Rise Dedahkan Dua Versi Trailer Rasmi! Penuh Adegan Ngeri Dan Gore!

Evil Dead Rise Dedahkan Dua Versi Trailer Rasmi! Penuh Adegan Ngeri Dan Gore!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd