Black Desert Mobile bermula dengan hebat selepas dilancarkan untuk iOS dan Android pada minggu lepas. MMO hebat ini sudah mempunyai pelbagai kandungan menarik, tetapi beberapa ciri utama baru akan ditambah lagi pada tahun depan. Di sebuah blog post, Pearl Abyss sendiri telah mendedahkan rancangan mereka untuk 2020.
Roadmap di bawah ini masih tidak rasmi dan mungkin akan alami perubahan, tetapi ia memberi kita gambaran kasar tentang ciri-ciri akan datang seperti sistem Awakening dan Succession. Pada masa yang sama, Siege Wars (PVP) dan Merchantry (PVE) akan membuat kemunculan pada separuh pertama tahun 2020.
Blood Kin
Blood Kin adalah satu lagi ciri akan datang. Pada dasarnya, ia membolehkan anda untuk menyeru pemain lain tidak kira jauh mana mereka berada. Ia pasti berguna jika anda memerlukan bantuan dalam misi yang sangat sukar. Ciri ini akan menghantar notifikasi kepada telefon pintar rakan anda untuk memberitahu mereka bahawa kamu memerlukan pertolongan. Apabila bersama, Blood Kin akan berkongsi buff khas dan kamu mempunyai pilihan untuk melakukan misi eksklusif bagi mendapatkan ganjaran istimewa.
The Fame of an Adventurer
The Fame of Adventurer adalah sistem reward baru yang membolehkan anda menghargai adventurer kegemaran anda. Lebih banyak Fame Points yang merekadapatkan dari pemain lain, lebih baik ganjaran yang akan mereka perolehi. Ini cara yang baik untuk memberikan sesuatu kepada mereka yang telah membantu anda.
Anda boleh memuat turun Black Desert Mobile sekarang di kedua-dua App Store dan Google Play. Anda juga boleh tonton trailer di bawah untuk dapatkan gambaran umum:

@gamersantaimy
Discussion about this post