Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover – Tabata kenalkan adik Yami & Asta terpegun melihat The Land of Sun

safwan by safwan
September 20, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Mobile Game
0 0
0
Black Clover – Tabata kenalkan adik Yami & Asta terpegun melihat The Land of Sun

Sumber: Twitter @FrancoReviews

Share on FacebookShare on Twitter

Pada bab Black Clover yang lepas, Asta diperkenalkan dengan The Land of the Sun dan Shogun kepada negara tersebut iaitu Ryuya Ryudo. Dalam bab terbaru kali ini, Asta dibawa berjalan ke negara tersebut dan tanpa sengaja telah berlakunya kejadian yang tidak dingini. Namun, kejadian itu dapat dikendalikan dengan sangat baik oleh salah seorang daripada The Ryuzen Seven.

Amaran: Berikut mengandungi spoiler untuk Black Clover bab 338 “Trouble on a Foreign Road”

Land of the Sun

Sumber: Shueisha

Selepas memperkenalkan Asta kepada The Land of the Sun, Ryu mengajak Asta untuk berjalan untuk merehatkan minda dan menghilangkan rasa terkejut apabila bangun di luar negara.

Sumber: Shueisha

Semasa berjalan di negara tersebut, kita ditunjukkan dengan kuasa magic yang digunakan oleh penduduk tanpa menggunakan Grimoire. Lalu Ryu pun memperkenalkan yang di negara tersebut menggunakan “Scroll” dan bukannya Grimoire. Di sana Magic adalah Yojutsu dan Magic Power adalah Yoryoku.

Sumber: Shueisha

Dengan melihat banyak perkara baru yang sedang berlaku, Asta hanya tertarik dengan satu buah yang betul-betul mengingatkan dia semasa di Hage iaitu Nomotatoe. Lalu, dia perasan seorang ibu bersama anak lelakinya, Asta terbayang semasa dia kecil yang sedang berjalan bersama Sister Lily dan Yuno.

Dengan terbayang memori nostalgia tersebut, secara tidak langsung Asta terus teringat yang Sister Lily mengarahkan dia untuk mati.

Sumber: Shueisha

Dalam masa yang sama, Ryu merasakan sesuatu yang mencurigakan lalu mengalihkan seorang ibu bersama anak lelakinya kearah yang lebih selamat. Sejurus memindahkan kedua-dua penduduknya, terdapat serangan yang berlaku dengan memecahkan dinding kawasan tersebut.

Serangan itu telah dilakukan oleh penyamun yang menginginkan makanan dan barang berharga penduduk kawasan tersebut. Namun, serangan yang dilakukan oleh penyamun mudah dipatahkan oleh salah seorang daripada Ryuzen Seven iaitu Yami Ichika.

Yami Ichika

Sumber: Shueisha

Dalam bab yang lepas, dia langsung tidak berkata apa-apa tetapi wajahnya sering ditunjuk. Dan dalam bab kali ini, Yuki Tabata memperkenalkannya dengan menunjukkan kekuatannya dengan mengalahkan penyamun dengan hanya satu serangan sahaja. Namun, serangan dari Ichika sangat istimewa kerana dia boleh manipulasi Ki untuk membuat serangan. Serangan yang dilakukan menghentikan penyamun dengan sekelip mata.

Lantas penyamun itu dikalahkan, terdapat suara daripada penduduk “Bravo, salah seorang Ryuzen Seven” dan “Bagus, Yami!” Lalu, Ryu pun memperkenalkan Ichika kepada Asta sebagai adik Yami.

Sumber: Shueisha

Ryu juga mengatakan yang kalau Asta ingin menjadi lebih kuat, dia perlu mendapatkan latihan daripada Ryuzen Seven dan salah seorangnya adalah Yami Ichika.

Teori

Sumber: Shueisha

Dengan tamatnya bab terbaru Black Clover, mari kita bincangkan tentang teori di mana Yami tidak pernah menceritakan yang sebenarnya dia mempunyai seorang adik perempuan.

Dalam bab sebelum ini, Ryu mengatakan yang dia kali terakhir nampak Yami adalah semasa berumur 13 tahun. Selepas mempunyai time skip selepas arc Spade Kingdom Raid, kini Yami telah berumur 30 tahun. Ini menjadikan Ryu dan Yami telah tidak berjumpa selama 17 tahun dan besar kemungkinan, umur Ichika adalah 17 tahun juga.

Dan mungkin disebabkan jangkauan umur yang terlalu jauh, Yami tidak pernah tahu yang dia sebenarnya mempunyai seorang adik perempuan bernama Yami Ichika.

Selepas bab 338 tamat, apa jangkaan korang untuk bab seterusnya dalam manga Black Clover? Adakah Tabata akan memperkenalkan Ryuzen Seven dan Asta memulakan latihan di Land of Sun dalam bab Black Clover seterusnya? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Manga Black Clover akan kembali pada 2 Oktober 2022.

Untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai Black Clover, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black CloverBlack Clover 338Yami Ichika
Previous Post

Orlando Bloom sertai filem Gran Turismo sebagai watak antagonis!

Next Post

vivo V25 Pro rasmi dilancarkan di Malaysia, kini tersedia pada harga RM2499!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
vivo V25 Pro rasmi dilancarkan di Malaysia, kini tersedia pada harga RM2499!

vivo V25 Pro rasmi dilancarkan di Malaysia, kini tersedia pada harga RM2499!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd