Setelah hampir 2 minggu filem Black Clover: Sword of the Wizard King mula ditayangkan di Netflix, filem ini telah menduduki carta top 5 selama 2 minggu berturut-turut di Malaysia!

Menurut data yang diambil daripada Top 10 Netflix, filem ini telah menduduki tempat ke-3 pada minggu pertama (data di kumpul daripada 12 Jun sehingga 18 Jun 2023), hanya dibelakang Snake Eyes: G.I. Joe Origins dan Extraction 2. Manakala untuk minggu kedua pula (dari 19 Jun sehingga 25 Jun 2023) filem Black Clover ini telah berjaya mengekalkan kedudukan dalam Top 5 mengekori filem The Boos Baby: Family Business, Extraction, The Forever Purge dan Extraction 2.

Untuk kedudukan seluruh dunia pula, Black Clover: Sword of the Wizard King telah menduduki tempat ke-2 dalam carta Filem Bukan Bahasa Inggeris dengan mempunyai 6,400,000 penonton dan 12,000,000 jumlah jam tontonan untuk minggu pertama.
Filem ini terus kekal berada dalam Top 3 seluruh dunia untuk minggu kedua. Jumlah penonton dan jam tontonan sedikit menurun dengan seramai 4,100,000 penonton bersamaan dengan 7,800,000 jam tontonan sahaja.
Dengan data yang diperolehi oleh Netflix, nampaknya filem Black Clover ini agak popular bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Selain itu, filem ini juga telah mendapat kritikan yang sangat positif di Rotten Tomatoes dengan jumlah keseluruhan 83% dari pengkritik Tomatometer dan 97% dari penonton.
Kalau anda nak tahu, perjalanan cerita filem ini adalah selepas arc Elf Reincarnation dan sebelum arc Heart Kingdom Joint Struggle. Diantara arc tersebut, terdapat 6 bulan time skip dan waktu itulah tragedi ini berlaku.

Berikut adalah sinopsis Black Clover: Sword of the Wizard King:
“Ketika Asta terus memperoleh merit dalam perjalanannya untuk menjadi Wizard King, Wizard King sebelumnya Conrad, yang telah ditakuti sebagai jahat bersama 3 Wizard King terdahulu muncul. Setelah dihidupkan semula dengan Imperial Sword, matlamat mereka kini adalah untuk memusnahkan Clover Kingdom.”
“Budak lelaki yang bermimpi menjadi Wizard King (Asta) lawan Wizard King sebelumnya!! Pertempuran sengit yang melibatkan semua Magic Knight telah bermula ke atas Wizard King tersebut.”
Black Clover: Sword of the Wizard King kini berada di Netflix. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post