Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover: Sword of the Wizard King dedah teaser baru, serta pelakon suara!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 17, 2022
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Black Clover: Sword of the Wizard King dedah teaser baru, serta pelakon suara!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Jump Festa 2023 telah mendedahkan trailer baru untuk filem Black Clover: Sword of the Wizard King. Mereka juga telah mendedahkan barisan pelakon suara untuk beberapa watak baru dan lagu tema “Here I Stand yang dinyanyikan oleh Treasure. Filem ini akan dikeluarkan di Netflix pada 31 Mac 2023. Filem ini merupakan filem original dan tidak ada kaitan dengan jalan cerita utama siri ini.

Anda boleh tonton teaser terbaru di bawah:

映画『#ブラッククローバー 魔法帝の剣』
🎊予告1️⃣解禁🎊

 ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄
映画は歴代の #魔法帝 達と戦う物語に!

 ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄
主題歌「Here I Stand」#TREASURE
3.31(金)日本全国ロードショー/Netflix全世界配信#ブラクロ #ジャンプフェスタ pic.twitter.com/MVx2wWeptn

— ブラッククローバー_映画公式/日本全国ロードショー&Netflix世界独占配信中 (@bclover_PR) December 17, 2022

Ketika acara ini berlangsung, mereka telah mendedahkan dua pelakon suara untuk dua watak baru di dalam filem ini iaitu Miyuki Sawashiro sebagai Princia manakala Houchu Ohtsuka sebagai Edward. Nama romanisasi bagi watak baru tersebut masih belum disahkan.

Yuki Tabata, pencipta Black Clover akan berkhidmat sebagai ketua penyelia filem ini dan pereka watak original. Filem ini akan diarahkan oleh Ayataka Tanemura, Itsuko Takeda sebagai pereka bentuk watak dan Minako Seki sebagai komposer muzik filem ini.

Selain itu, Toshihiko Seki akan menyuarakan watak Conrad Leto, iaitu bekas Wizard King, pelakon/model Marie Litoyo akan menyuarakan watak Milly Maxwell dan Fumiya Takahashi pula akan menyuarakan watak ahli sihir misteri, Jester Galandros.

Untuk mereka yang tidak tahu tentang kisah Black Clover, berikut adalah sinopsis siri:

Dalam dunia di mana magic adalah segala-galanya, Asta dan Yuno kedua-dua ditinggalkan di sebuah gereja pada hari yang sama. Walaupun Yuno mempunyai kuasa magic yang luar biasa, namun Asta adalah satu-satunya manusia yang lahir tanpa kuasa ajaib.

Pada usia 15 tahun, kedua-dua mereka menerima grimoires, buku magic yang mampu menguatkan kuasa pemegang mereka. Asta mempunyai grimoire yang luar biasa di mana dia mampu menafikan dan menangkis kuasa magic musuh. Sebagai pesaing yang baik, Yuno dan Asta bersedia untuk menghadapi cabaran yang paling sukar untuk mencapai impian mereka bersama-sama iaitu menjadi Wizard King. Putus asa bukan satu pilihan!

Sekali lagi saya ingatkan, Black Clover: Sword of the Wizard King akan membuat debut di seluruh dunia melalui Netflix dan bakal ditayangkan di pawagam di Jepun sahaja pada 31 Mac 2023. Buat masa ini, masih tiada maklumat tentang tayangan di pawagam Malaysia. Kami akan kemas kini selepas mendapat maklumat lanjut.

Jika anda ingin baca lagi artikel tentang Black Clover, boleh tekan pautan ini. Ikuti Gamer Santai jika anda inginkan berita tentang game, anime dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBlack CloverBlack Clover: Sword of the Wizard Kingmangamovie
Previous Post

Mission: Yozakura Family dapat adaptasi anime, akan keluar tahun 2024!

Next Post

Undead Unluck dedah pelakon suara, teaser anime baru!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Undead Unluck dedah pelakon suara, teaser anime baru!

Undead Unluck dedah pelakon suara, teaser anime baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd