Vic Game Studios bersama Pearl Abyss memberitahu para peminat yang Black Clover Mobile: Rise of the Wizard King kini ditangguhkan dan bakal dilancarkan pada separuh pertama tahun 2023 di iOS dan Android. Ini merupakan penangguhan pertama yang dilakukan oleh mereka berkenaan game mobile Black Clover di mana pada awalnya ingin mengeluarkannya pada tahun 2022.
Melalui video pengumuman oleh CEO Vic Game Studios Choi Jae-young, dia mengatakan yang perjalanan development game Black Clover Mobile adalah sangat lancar dan mereka sepasukan telah bekerja keras untuk memberikan keseronokan dan keterujaan dengan menampilkan animasi original mereka. Dalam masa yang sama, mereka juga ingin memberikan para peminat dengan kualiti game yang terbaik.

Oleh itu, keluaran game kami akan diadakan pada separuh pertama 2023 dan bukannya pada 2022. Bukan itu sahaja, kami sedang bersedia untuk berkongsi kemas kini development dalam pelbagai cara dengan anda. Sila nantikan kandungan yang akan diperkenalkan pada masa hadapan.
Choi Jae-young sambung lagi dengan mengatakan bahawa “Kami merancang ujian beta tertutup global di kawasan terpilih. Memandangkan ujian ini dijalankan untuk mengesahkan kestabilan servis, malangnya, ujian ini dijalankan di kawasan global tertentu terlebih dahulu.”

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Black Clover Mobile, berikut adalah prolog tentang game ini.
Ia seolah-olah manusia berada di ambang kemusnahan oleh demon. Semuanya kelihatan hilang sehingga seorang mage melangkah ke hadapan. Selepas kejayaannya, dia dinamakan Wizard King, dan kisahnya menjadi legenda.
Sihir adalah segala-galanya di dunia ini. Asta, dilahirkan tanpa sihir, berjanji kepada rakannya bahawa dia akan menjadi Wizard King suatu hari nanti!
Seperti yang dikatakan oleh CEO Vic Game Studio, Black Clover Mobile akan mempunyai ujian beta tertutup secara global tetapi di negara yang terpilih sahaja. Harapnya negara Malaysia tersenarai untuk ujian ini. Selepas ditangguhkan, Black Clover Mobile: Rise of the Wizard King kini akan dilancarkan pada separuh pertama tahun 2023 di iOS dan Android.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post