Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover – “Judgement Day” telah bermula, 3 Magic Knight bangkit sebagai Paladin

safwan by safwan
March 20, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Panduan, Tinjauan & analisis
0 0
0
Black Clover – “Judgement Day” telah bermula, 3 Magic Knight bangkit sebagai Paladin
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berehat selama seminggu, manga Black Clover kini kembali dengan bab terbaru yang bertajuk “Judgement Day”. Dalam bab kali ini, kita akan didedahkan dengan pelbagai perkara yang sudah pasti mengejutkan ramai peminat.

Jika lihat bab sebelum ini, Asta sedang meraikan kemenangannya bersama para penduduk Land of the Sun. Dan kira-kira dalam 3 hari sebelum Judgement Day bermula, Asta sedang berlatih bersama Ryuzen Seven sementara menunggu skuad Black Bull hadir dan membawa Asta pulang ke Clover Kingdom.

Yami & Charlotte

Sumber: Manga Plus

Setelah sekian lama peminat nantikan adegan ini, akhirnya Charlotte dan Yami bersetuju untuk adakan satu minum petang bersama-sama selepas mengalahkan Lucius. Namun, kita masih tidak pasti apa yang ingin dibincangkan tetapi memandangkan Charlotte telah mengatakan yang dia telah mengelak Yami sejak kebelakangan ini dan meminta maaf kepadanya.

Sumber: Manga Plus

Dalam pertempuran ini, saya akan berjuang dan melaksanakan misi saya tanpa membiarkan perasaan peribadi saya menghalang.

Menurut Charlotte

3 Paladin Bangkit

Sumber: Manga Plus

Lucius tiba bersama 3 paladin di Clover Kingdom. Paladin pertama adalah Morgen yang menggunakan Light Magic untuk mengalahkan Jack the Ripper. Dengan hanya satu serangan, Jack telah dikalahkan. Tangannya putus dan badannya berlubang.

Sumber: Manga Plus

Paladin yang kedua adalah Moris dengan penampilannya adalah sama sekali berbeza dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Seperti yang kita tahu, Moris mempunyai Modification Magic dan dengan menggunakan magic yang dia ada, dia mengubah dirinya dengan menampilkan tangan yang banyak.

Sumber: Manga Plus

Untuk paladin yang ketiga ini mungkin terasa sedikit beremosi di mana dia merupakan kepada ibu kepada Noelle dan adik-beradiknya iaitu Acier Silva. Dia muncul dengan menggunakan armor lengkap sama seperti Noelle cuma yang bezanya adalah jenis magic yang digunakan iaitu Steel Magic.

Sumber: Manga Plus

Walaupun hanya menunjukkan 3 paladin sahaja, masih ramai paladin lain yang munculkan diri dan terbang mengelilingi langit Clover Kingdom. Dan terdapat seorang budak menggelar paladin adalah “Angel”.


Apa yang saya curiga dengan kemunculan 3 paladin ini adalah mereka masing-masing menggunakan magic mereka sendiri dan bukan yang dihadiahkan oleh Lucius seperti Sister Lily.

Adakah mungkin kerana magic yang sedia ada sudah cukup hebat untuk mengalahkan semua magic knight di Clover Kingdom atau mereka simpan magic tersebut dan gunakan pada masa tertentu? Mari kita lihat dan nantikan dalam bab seterusnya.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black CloverBlack Clover 354Black Clover Judgement Day
Previous Post

MSI buka ‘Promosi Ramadan’, diskaun hingga RM700 untuk laptop terpilih!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Cursed Technique Yorozu Didedahkan, Mahoraga Versi Sukuna Bakal Tiba!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen: Cursed Technique Yorozu Didedahkan, Mahoraga Versi Sukuna Bakal Tiba!

Jujutsu Kaisen: Cursed Technique Yorozu Didedahkan, Mahoraga Versi Sukuna Bakal Tiba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd