Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover – Harapan kini makin pudar, Yuno dan Lucius umum perang!

safwan by safwan
September 6, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Black Clover – Harapan kini makin pudar, Yuno dan Lucius umum perang!

Sumber: Twitter @requiemnixk

Share on FacebookShare on Twitter

Pada bab yang lepas, tidak banyak perkara penting yang berlaku kecuali Asta dibunuh oleh Sister Lily di depan masa Noelle, Mimoso dan Nero. Dalam bab terbaru manga Black Clover, kita dapat melihat yang Yuno dan Lucius mengumumkan perang dan banyak lagi perkara yang berlaku didalamnya.

Amaran: Berikut mengandungi spoiler untuk Black Clover bab 336 “The Final Enemy”

Sumber: Shuieisha

Perbincangan diantara Magic Knight

Sumber: Shuieisha

Bab kali ini dimulakan dengan perbincangan sesama Magic Knight di mana Noelle, Mimosa dan Nero memberi laporan apa yang telah berlaku sebelum Lucius menghilangkan diri. Laporan yang diberikan oleh mereka bertiga nampaknya mengatakan yang Asta telah mati atau telah dipindahkan jauh dari Clover Kingdom.

Sumber: Shuieisha

Dengan keadaan yang begitu serius, Rill masih cuba bermain-bermain dengan laporan yang diberi, namun dihalang oleh Charlotte. Lalu, perbincangan diteruskan lagi dengan Magic Knight Black Bull, Yami Sukihero memanggil Nacht untuk memastikan Asta masih hidup. Hal ini kerana, Nacht adalah seorang yang mempunyai Shadow Magic dan secara tidak langsung, dia boleh bergerak dengan menggunakan semua bayang-bayang sesiapa sahaja.

Sumber: Shuieisha

Malangnya pada waktu itu, dia tidak dapat bergerak ke bayang-bayang Asta. Ini bermakna dia berada di dimensi lain atau benua dan kawasan yang sangat jauh atau dia telah mati.

Lucius ialah musuh utama

Sumber: Shuieisha

Selepas perbincangan tentang Asta, ia masih diteruskan dengan kekuatan Lucius pula di mana Jack the Ripper sedar yang Wizard King mempunyai dua personaliti dalam satu badan seperti yang berlaku dalam arc “Elf Reincarnation.”

Disambung pula dengan Nozel yang mengatakan Lucius merupakan adik beradik kepada Dark Triad dan dia telah mengawal kesemua Devil di Underworld. Ini bermaksud kuasa yang dia ada sekarang adalah lebih kuat berbanding Dark Triad.

Sumber: Shuieisha

Tambah pula dengan kuasa Lucifero dan “time magic” yang dia ada, memang kita tidak boleh buat apa, ditambah Rill. Namun, kenyataan itu tidak disangkal oleh Fuegeleon dengan mengatakan Lucius boleh gunakan “Time Spell” yang sangat besar.

Bukan setakat itu sahaja, dengan magic Lucius iaitu Soul Magic dan besar kemungkinan dia juga menguasai kawalan minda. Lalu, dia menghabiskan masa dengan mengawal kuasa yang lebih kuat berbanding Devil.

Perlawanan Spade Kingdom

Black Clover Yuno Lucius Perang
Sumber: Shuieisha

Selain daripada membincangkan tentang Asta dan Lucius, Yuno pula menceritakan apa yang berlaku semasa dia berada di Spade Kingdom. Yuno mengatakan yang dia telah berjumpa dengan Supreme Devil yang hanya duduk melihat pertarungan sekumpulan “Higher Devil” di Spade Kingdom.

Dengan perkara itu berlaku, Yuno beranggapan yang Lucius telah mengarahkan perkara tersebut dan besar kemungkinan pintu diantara dunia dan Underworld telah dibuka.

Flashback selepas naik pangkat

Black Clover Yuno Lucius Perang
Sumber: Shuieisha

Tidak lupa juga flashback yang melihat Asta sangat gembira dengan kenaikan pangkatnya dan “rival-nya”, Yuno yang naik lebih tinggi daripadanya. Walaupun begitu, Asta tetap mengatakan Tahniah kepada Yuno dan bersumpah untuk mengejar dan melepasi Yuno.

Tetapi bagi Yuno adalah sebaliknya dan beranggapan Asta yang selalu berada di hadapan.

Laporan Adrammelech

Black Clover Yuno Lucius Perang
Sumber: Shuieisha

Adrammelech kembali ke pangkalan Lucius yang masih tidak didedahkan tempatnya dan mulakan laporannya. Dia langsung tidak percaya yang manusia itu telah “level up” dengan sangat banyak sepanjang satu tahun dan beberapa bulan. Manusia itu adalah Yuno di mana dia telah mengalahkan “high-level devil” dengan sangat cepat.

Black Clover Yuno Lucius Perang
Sumber: Shuieisha

Lucius sambung dengan mengatakan yang diantara sepuluh ribu masa depan yang dia lihat, cuma ada satu sahaja Clover Kingdom mempunyai kelebihan dan kunci tersebut adalah seorang yang mempunyai dua grimoire. Satu daripada Spade Kingdom dan satu lagi adalah Four-Leaf Clover. Seorang itu juga telah dipilih oleh anak kepada ketua Elf dan merupakan pewaris kepada takhta kepada Spade Kingdom.

Black Clover Yuno Lucius Perang
Sumber: Shuieisha

Dan orang itu adalah Yuno Grinberryall. Lucius dengan tanpa segan silu mengatakan yang dia akan musnahkan Yuno demi keamanan dunia. Dalam masa yang sama, Yuno juga mengatakan yang dia akan membunuh Lucius dan menjadi Wizard King.

Asta berada di Syurga

Black Clover Yuno Lucius Perang
Sumber: Shuieisha

Bab ini berakhir dengan Asta dilihat terbaring di tepi pantai yang sangat luas dan langsung tidak membuat sebarang pergerakan. Namun, ia masih mempunyai sinar untuk teruskan hidup apabila seseorang telah menjumpainya Asta dan besar kemungkinan mengenali siapa Asta.


Black Clover Yuno Lucius Perang

Selepas bab ini dikeluarkan, ramai peminat telah membuat teori di mana Asta kini berada di sebuah negara Hino dan merupakan tempat asalnya Magic Knight Black Bull, Yami. Tambah pula, orang yang menjumpai badan Asta berpakaian seperti Kimono, memang ramai peminat yang menjangkakan perkara tersebut.

Peminat pun mengeluarkan teori lagi dengan mengatakan yang Asta akan mempelajari lebih banyak tentang pedang Katana dan Ki di mana ia akan tertumpu kepada masa reaksi Asta. Hal ini kerana, semasa perlawanan antara Asta dan Lucius, dia kelihatan seperti tidak laju untuk mengesan pergerakan dan secara tidak langsung ia berkaitan dengan Ki.

Black Clover Yuno Lucius Perang

Apa pendapat korang tentang bab terbaru Black Clover di mana kita dapat lihat Asta tidak mati tetapi ia berada jauh daripada Clover Kingdom serta Yuno dan Lucius umum perang? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Jika berminat dengan artikel lain berkenaan Black Clover, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black CloverBlack Clover 336
Previous Post

Omelet Gaming Switch Pro Controller Review – Alternatif Terbaik Dan Murah Untuk Controller Switch!

Next Post

Yu-Gi-Oh! Cross Duel Sudah Tersedia Untuk Dimainkan! Download Sekarang!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
Yu-Gi-Oh! Cross Duel Sudah Tersedia Untuk Dimainkan! Download Sekarang!

Yu-Gi-Oh! Cross Duel Sudah Tersedia Untuk Dimainkan! Download Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd