Akhirnya, Finral telah menjemput Asta pulang ke Clover Kingdom, tetapi dia bukan keseorangan. Finral membawa seorang pahlawan Land of the Sun iaitu Ichika Yami untuk berjumpa dengan abangnya. Dalam bab terbaru Black Clover, Asta akhirnya bertemu dengan Paladin Damnatio, adakah dia mampu mengalahkan Damnatio.
Ichika ikut pergi Clover Kingdom

Semasa Finral ingin membawa pulang Asta ke Clover Kingdom, Ryu menyarankan untuk Ichika pergi ke sana untuk berjumpa dengan abangnya Yami. Pada awalnya, Ichika tidak ingin pergi tetapi apabila Yosuga berkata kuasa Asta sesuai dengan Ichika dan dia akan melindungi Ryu, Ichika tiada pilihan lain dan terpaksa pergi.
Asta vs Paladin Damnatio

Setelah sampai di Witch Forest, Asta telah melihat rakan-rakannya terbaring seperti tiada orang yang tiada nyawa. Dia kelihatan sangat marah dan mengeluarkan pedang Demon Destroyer. Sejurus mengeluarkan pedang tersebut, Asta seperti menggunakan “Mana Zone” Anti Magic dan terus membatalkan Atmosphere Magic yang digunakan oleh Damnatio.

Bukan Damnatio sahaja yang terkejut dengan kuasa baharu Asta, Finral pun terkejut dengan apa yang Asta boleh lakukan. Memandangkan Asta tidak mempunyai magik, Damnatio tidak boleh menggunakan Scale Magic kepada Asta. Tambah pula dengan Atmosphere Magic yang diberikan Lucius juga tidak berguna, Damnatio hanya mempunyai berbaki sebilah pedang sahaja.
“Magik anda nampak tidak dapat dikalahkan… Tetapi ia kelihatan seperti perlawanan yang buruk menentang Anti-Magic saya.”

Oleh itu, Damnatio terus bergerak untuk menyerang Asta, tetapi dia terkejut kerana dia telah diserang terlebih dahulu. Asta menggunakan kuasa Zetten-nya bagi menyerang Paladin Damnatio sehingga salah satu kepaknya terputus.
Teori Palatau

Pada pendapat saya, Damnatio masih hidup lagi. Asta menggunakan Zetten supaya dapat memisahkan jiwa Paladin dan jiwa yang asal.
Ingat tak masa geng-geng Sister Lily datang ke Land of the Sun? Asta tidak membunuh mereka tetapi hanya menghilangkan kesan sebagai Paladin. Bagi memulihkan semua Paladin menjadi manusia kembali, Asta perlu mengalahkan Lucius.

Apapun, bab terbaru Black Clover minggu ini, memang gempak apabila Asta dapat mengalahkan Paladin Damnatio dengan satu pukulan sahaja. Lagi-lagi dengan Asta berjalan dengan gaya seperti “JoJo”, memang nampak kuat dan lebih yakin.
Untuk mendapatkan kandungan Black Clover yang lain, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post