Dalam manga Black Clover minggu lepas, kita telah dikejutkan dengan pendedahan yang agak besar di mana Tabata telah menunjukkan bagaimana Ryu mendapatkan kuasa mata Tengentsu dan bagaimana dia boleh menjadi Shogun kepada Land of the Sun.
Dan pada bab kali ini, kita telah didedahkan dengan kuasa Tengentsu di mana ia membolehkan Ryu melihat segala perkara yang berlaku pada masa tersebut. Walaupun kita telah didedahkan dengan lebih awal tentang perkara ini, kita masih tidak nampak bagaimana Ryu menggunakan kuasa tersebut.
Hati-hati, kandungan di bawah mengandungi SPOILER Manga Black Clover!

Akhirnya, kita dapat melihat Ryu menggunakan Tengentsu buat kali pertama untuk membantu Asta dan Ryuzen Seven mengalahkan Five-Headed Dragon. Memandangkan Five-Headed Dragon mempunyai kuasa “regenerate”, Asta dan yang lain-lain langsung tidak boleh mengalahkan naga ini. Jadi, Ryu terpaksa menggunakan Tengentsu untuk mengenal pasti cara dan bagaimana untuk mengalahkan Five-Headed Dragon.

Dengan menggunakan kuasa tersebut, Ryu telah mengarahkan ahli-ahli Ryuzen Seven untuk bersedia dan membantu Asta untuk menetapkan kedudukan kepala setiap naga supaya dapat dikelar semuanya dalam masa yang sama.

Pertarungan epik diantara mereka bersama naga terus bersambung tetapi kali ini dengan cara yang berbeza. Walaupun terdapat masalah semasa menetapkan kepala yang terakhir, Ichika dapat menyelamatkan keadaan dan semua kepala naga tersebut telah berada dalam posisi yang sama. Kini, Asta tidak melengahkan masa lagi dan gunakan kuasa Zettennya untuk mengerat kelima-lima kepala Five-Headed Dragon dalam satu masa.
Bab ini berakhir dengan kemenangan mereka mengalahkan Five-Headed Dragon.

Ya, bab manga Black Clover pada minggu ini terlalu pendek dan hanya meliputi Ryu menggunakan Tengentsu untuk mengalahkan Five-Headed Dragon bersama Asta dan Ryuzen Seven.
Tiada pendedahan untuk bab yang akan datang tetapi sudah pasti mesti akan ada perkara terbesar yang bakal didedahkan nanti. Memandangkan Land of The Sun telah selamat daripada ancaman bahaya Lucius Zogratis, mungkin kita akan melihat mereka membantu Asta di Clover Kingdom pula selepas ini.

Apapun, saya pun tidak sabar nantikan bab terbaru Black Clover minggu hadapan. Apa pendapat korang tentang kuasa Tengentsu yang ada pada Ryu? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai anime, filem, game dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post