Acara Bilibili Games Conference 2021 telah diadakan hari ini, yang mendedahkan info baru tentang 12 game baru akan datang untuk platform mobile! Senarai ini merangkumi permainan seperti RPG, MOBA, MMO yang kompetitif dan banyak lagi. Keseluruhan permainan nampak agak mengagumkan, tetapi yang paling penting adalah ia harus menyeronokkan dan menghiburkan. Berikut adalah senarai game mobile baru yang telah diperkenalkan semasa acara ini.
E.T.E

Dalam masa terdekat, sebuak konflik besar telah berlaku antara manusia dan sebuah syarikat teknologi tertentu yang membuat perkara-perkara zalim dan keji kepada manusia. Permainan ini ber-genre Mecha Role Playing Game (RPG) dan dipenuhi dengan watak-watak Bishoujo. Bagi mereka yang tidak tahu, Bishojo merujuk kepada gadis-gadis muda dan cantik. Dalam kebanyakan permainan Bishojo, watak lelaki biasanya akan mempunyai sejumlah hubungan cinta dengan watak wanita lain.
Nightingale

Nightingale adalah permainan Auto Battler yang, secara visual, memang nampak cun. Auto Battler merupakan jenis permainan di mana pemain akan memikirkan tentang strategi yang ingin digunakan, manakala permainan akan melakukan segala-galanya yang lain. Nightingale mengisahkan dunia sci-fi di mana “kuasa makhluk asing” ternyata wujud. Tugas untuk menyiasa perkara pelik ini terjatuh kepada gadis-gadis di, yang harus membongkarkan misteri di sebalik kejadian ini.
RE: AETATIS

RE: AETATIS adalah permainan yang pasti ramai peminat MOBA ska. Permainan ini mempunyai visual futuristik ala-ala cyberpunk (kebanyakan permainan lain dalam senarai ini pun memiliki latar belakang lebih kurang sama). Secara grafik, gameplay yang dipamerkan di acara kelihatan menarik. Seperti mana-mana MOBA, kita ada serangan istimewa, buff dan elemen-elemen lain yang sebati dengan gameplay MOBA.
Ys VIII Mobile

Dibangunkan dan diterbitkan oleh Nihon Falcon, siri Ys amat popular sejak sebagai salah satu JRPG terkenal di dunia. Oleh itu, adaptasi permainan kepada platform mobile memang dinanti-nantikan. Ini adalah versi mobile untuk Ys VIII yang masih menceritakan kisah yang sama tetapi dengan gameplay yang dioptimumkan untuk peranti telefon pintar.
Flashlight Party

Bagi mereka yang pernah main Escape Room, ia pasti lebih seronok bermain bersama rakan-rakan kan? Permainan ini bertujuan untuk memberikan pengalaman yang sama tetapi untuk peranti telefon pintar. Flashlight Party adalah permainan multiplayer di mana pemain harus menyelesaikan teka-teki dan melepaskan diri dari Escape Room tersebut. Ala-ala Identity V mungkin.
Hunters’ Moon

Hunters ’Moon adalah permainan terakhir yang diumumkan semasa acara Bilibili Games 2021. Ia memiliki latar belakang dystopian bersama dengan gaya rogue-lite ARPG. Selain itu, terdapat beberapa elemen gaya yang menampilkan aksi pantas, jalan cerita yang baik, senjata yang berbeza dan beberapa watak berlainan yang boleh dimainkan.
Saya hanya senaraikan permainan ini dahulu kerana ia nampak seperti fokus utama. Berikut adalah baki permainan yang diumumkan:
- THRUD
- Code C
- Amazing Simulation Cultivator
- Excalibur
- Gemtrader Story: Ian’s Stone
- The World of Kungfu: Dragon and Eagle
Itu sahaja untuk senarai lengkap bagi game mobile yang telah diumumkan di Bilibili Games Conference 2021. Harap maklum! Saya perlu menjelaskan beberapa perkara dahulu. Bilibili adalah perkhidmatan eksklusif di China. Oleh itu, tidak semua permainan dalam senarai akan mendapat pelancaran global. Sebilangan juga mungkin hanya terhad di China sahaja. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pra-pendaftaran di TapTap dengan mencari nama permainan. Setelah aplikasi dilancarkan, anda dapat memuat turun dan mencubanya. Walaupun tidak mempunyai tarikh pelancaran rasmi, kemungkinan besar permainan di dalam senarai ini akan dilancarkan pada tahun ini atau pada tahun depan.
Sumber – Bilibili
@gamersantaimy
Discussion about this post