Dengan kesimpulan yang sangat mendebarkan dan penuh saspens, PMCO 2019 Fall Split Global Finals yang diadakan di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur akhirnya tamat dengan kejohanan dimenangi oleh Bigetron RA! PMCO 2019 Fall Split Global Finals yang berlangsung dari 29 November hingga 1 Disember telah diadakan di Malaysia di mana kita menjadi tuan rumah kepada 16 pasukan PUBG Mobile profesional. Bigetron dari Indonesia telah menawan kejohanan dan akan pulang dengan nilai hadiah $180,000 USD (anggaran RM751,050.00).
Kedudukan terakhir carta menunjukkan Bigetron RA pada tempat pertama, Mega Esports pada tempat kedua, dan Illuminate The Murder pada tempat ketiga. Bigetron memenangi 5 Chicken Dinner dan mengetuai carta dengan 303 mata dalam 16 perlawanan. Tempat kedua ialah Top Esports dengan kemenangan 3 Chicken Dinner yang sangat dramatik dan 197 mata serta nilai wang $90,000 USD (anggaran RM375,525.00) tetapi tidak jauh di belakang ialah Mega Esports di tempat ketiga yang mendapat 2 Chicken Dinner dan 191 mata serta $45,000 USD (anggaran RM187,762.50). Walaupun perlawanan akhir sangat sengit di antara tempat kedua dan ketiga, itu tidak cukup untuk menewaskan Bigetron yang cukup pintar dan taktikal dalam permainan. Selain itu, BTRZuxxy mendapat gelaran MVP dengan 42 KILLS! Memang barbar! Kedudukan terakhir adalah seperti berikut:
Berikut adalah highlight untuk perlawanan-perlawanan yang berlangsung pada hari terakhir:
PERLAWANAN 11 – Orange Esports.CG
Positioning played a big role here for the chicken dinner win in @OrangeEsports's final encounter with @Cloud9, from match 11 of day 3 of the #PMCO2019 Fall Split Global Finals, sponsored by #Vivo! pic.twitter.com/10xx8qJNH0
— PUBG MOBILE Esports (@EsportsPUBGM) December 1, 2019
PERLAWANAN 12 – Bigetron RA
What an encounter between @AllRejection and @MEGAEsportsSEA in match 12 on sanhok of the #PMCO2019 Fall Split Global Finals, sponsored by #Vivo! Dodging left and right, as MEGA Esports is keeping them back in check! #BeTheOne pic.twitter.com/vUuOOdhFcU
— PUBG MOBILE Esports (@EsportsPUBGM) December 1, 2019
PERLAWANAN 13 – Illuminate The Murder
https://twitter.com/EsportsPUBGM/status/1201101362999762944
PERLAWANAN 14 – Mega Esports
Nades were raining here on Erangel in match 14 of day 3 in the #PMCO2019 Fall Split Global Finals, sponsored by #Vivo! But nothing was going to stop @MEGAEsportsSEA from winning! #BeTheOne pic.twitter.com/TiO1Cc5Cj6
— PUBG MOBILE Esports (@EsportsPUBGM) December 1, 2019
PERLAWANAN 15 – Illuminate The Murder
Never underestimate a med battle in any match! Smart move by @OrangeEsports to stay behind while other teams are picking each other off in match 15 of day 3 in the #PMCO2019 Fall Split Global Finals, sponsored by #Vivo! But the final chicken dinner goes to Illuminate The Murder. pic.twitter.com/a0SFyw7wBE
— PUBG MOBILE Esports (@EsportsPUBGM) December 1, 2019
PERLAWANAN 16 – Top Esports
Jika kita melihat persembahan pasukan Malaysia, Yoodo Gank menduduki tempat ke-11 dengan 105 mata. Yoodo Gank memberi persembahan yang mantap tetapi itu masih tidak cukup. Mereka menunjukkan semangat dan kemampuan yang hebat pada awal kejohanan tetapi beberapa perkara yang tidak diduga telah menghalang kemenangan mereka. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik dan berharap mereka akan terus menyertai kejohanan PUBG Mobile akan datang.
Kejohanan ini menampilkan kebolehan dan strategi yang belum pernah dilihat dalam mana-mana kejohanan PUBG Mobile. Saya berharap kejohanan seterusnya akan terus mengejutkan saya dengan persembahan yang mantap seperti ini. Dengan kemahiran dan pengalaman yang semakin meningkat dengan setiap acara, Bigetron RA telah menunjukkan mengapa mereka layak menjadi juara di PMCO 2019 Fall Split Global Finals. Sekali lagi, tahniah kepada semua pasukan yang sertai, dan penghargaan besar diberi kepada Tencent dan Vivo yang menganjurkan acara. Moga terus kekal sukses, dan selamat maju jaya!

@gamersantaimy
Discussion about this post