Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bethesda & Arkane Lyon Umum Game Marvel’s Blade! [TGA 2023]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 8, 2023
in Action, Artikel, Berita
0 0
0
Bethesda & Arkane Lyon Umum Game Marvel’s Blade! [TGA 2023]
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bethesda Softworks, Arkane Studios Lyon, dan Marvel Games telah mengumumkan Marvel’s Blade – sebuah “game matang single-player perspektif third-person” dengan jalan cerita original berdasarkan wira buku komik Blade. Malangnya, platform dan tarikh keluaran tidak diumumkan dan proses pembangunan pun baru sahaja bermula.

Berikut adalah trailer pengumuman:

Dalam kenyataan akhbar, Bill Rosemann selaku naib presiden dan pengarah kreatif Marvel Games, berkata:

Kredit: Bethesda Softworks

“Sebagai penghormatan kepada ulang tahun ke-50 Blade, kami telah menemui padanan yang sesuai untuk Daywalker itu di Arkane Lyon, sebuah studio dengan artis tanpa kompromi yang sentiasa menolak sempadan reka bentuk dan inovasi gaming.”

“Selain bakat mereka yang memenangi anugerah, keghairahan peribadi dan visi berani mereka untuk ikon separuh manusia, separuh vampire kami yang menjadikan kolaborasi ini padanan yang sempurna.“

Dinga Bakaba selaku Pengarah permainan Arkane Studios Lyon pula berkata:

Kredit: Bethesda Softworks

“Sebagai kanak-kanak dari asal-usul campuran, saya rasa ada hubungan istimewa dengan Blade—seorang wira yang mempunyai dua warisan. Peluang untuk meletakkan gaya kami pada watak ini adalah impian saya dan cabaran yang pasukan terima dengan semangat.”

Kredit: Bethesda Softworks

Walaupun info sedikit tetapi kita tahu Marvel’s Blade akan berlangsung di lokasi kuarantin di Paris semasa huru-hara supernatural. Vampire telah muncul, mengganas di bandar itu dan memaksa semua orang di Paris untuk berlindung di dalam rumah mereka pada waktu malam sehinggalah matahari terbit.

Sebastien Mitton sebagai pengarah kreatif dan seni Arkane Studios Lyon, turut menambah:

Kredit: Bethesda Softworks

“Daripada kot hingga ke cermin mata hitamnya yang ikonik, Blade ialah watak yang menarik, bergaya dan bersemangat. Projek ini adalah peluang terbaik untuk menolak gaya seni Arkane ke kawasan yang lebih moden dan berani. Intipati kerja kami hidup di persimpangan idea yang memberi kesan dan pengetahuan inovatif.”


Seperti saya kata tadi, Marvel’s Blade masih dalam pembangunan dan tiada info diberikan tentang tarikh keluaran, platform dan gameplay.

Dapatkan segala berita kami tentang pengumuman TGA di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Arkane LyonBethesdaMarvel’s Blade
ShareTweetSend
Previous Post

Visions of Mana Akan Dilancarkan pada 2024! Trailer Rasmi Didedahkan! [TGA 2023]

Next Post

Crazy Taxi, Golden Axe, Jet Set Radio, Shinobi dan Streets of Rage Baharu Diumumkan SEGA! [TGA 2023]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Crazy Taxi, Golden Axe, Jet Set Radio, Shinobi dan Streets of Rage Baharu Diumumkan SEGA! [TGA 2023]

Crazy Taxi, Golden Axe, Jet Set Radio, Shinobi dan Streets of Rage Baharu Diumumkan SEGA! [TGA 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd